Tanda sokongan ‘riders’ FoodPanda pertahan kalimah Allah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor telah memberikan sumbangan peribadinya para penghantar makanan FoodPanda yang mempertahankan kalimah Allah dari salah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam isu yang menjadi tular di media sosial, sekumpulan penghantar makanan itu bertindak ke atas seorang pelanggan kerana menyentuh sensitiviti agama dengan mempermainkan kalimah Allah.

Hal tersebut menyebabkan tidak puas hati mereka dan menimbulkan kemarahan lalu bertindak ke menemui pelanggan tersebut dan mereka beramai-ramai didakwa telah memukul pelanggan tersebut dalam kejadian itu.

- Advertisement -

Berikutan itu Polis Daerah Petaling Jaya menahan lima penghantar makanan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun, dan pelanggan berusia 29 tahun dalam kejadian dikatakan berlaku di Sungai Way, Petaling Jaya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dianggap dengan sengaja menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti agama dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azzamuden, sumbangan itu sebagai sokongan terhadap usaha untuk mempertahankan kalimah Allah daripada disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Walau bagaimanapun, tindakan kekerasan yang dilakukan oleh mereka kepada mangsa berkenaan, diserahkan kepada undang-undang untuk menentukan,” jelas beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Mutakhir ini semakin kerap terjadi perbuatan menyentuh sensitiviti agama termasuk mencabar kedaulatan negara apabila Islam dan kalimah Allah dihina atau dipermainkan, termasuk terhadap Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong. – HARAKAHDAILY 13/6/2021

- Advertisement -