Hari ke-10 #Aid4Palestine capai RM16,888,901.79

#Aid4Palestine
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tabung #Aid4Palestine telah berjaya mengumpulkan kutipan berjumlah RM16,888,901.79 daripada kempen yang dijalankan setakat hari kesepuluh semalam sebagaimana diisytiharkan.

Gabungan terkini 152 Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama #Aid4Palestine merekodkan kutipan RM2,403,361 manakala jumlah daripada Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah berjumlah RM2,203,436.

Ia masing-masing RM1,003,436 daripada Kerajaan Kelantan dan RM1,000,000 daripada Kerajaan Terengganu dan RM200,000 daripada Kerajaan Kedah di mana semua sumbangan adalah bagi fasa pertama.

PAS hasil kempen dalam kalangan ahli, pimpinan dan para penyokongnya menjadi penyumbang terbesar setakat ini iaitu serahan sebanyak RM12,282,104.79 setakat semalam sejak kempen awal Syawal lalu.

Sumbangan besar itu secara pecahan negeri adalah tertinggi dari PAS Terengganu dengan jumlah RM3,746,335.91 diikuti PAS Kelantan sebanyak RM2,102,910.95 dan PAS Kedah pula RM1,647,557.10.

PAS Perak memberikan RM714,168 diikuti rapat PAS Pahang RM712,187 dan PAS Selangor (RM563,502), PAS Pulau Pinang (RM484,730.83), PAS Johor (RM315,473) dan PAS Wilayah Persekutuan (RM179,225).

PAS Negeri Sembilan pula RM80,871 dan PAS Sabah (RM69,218), PAS Perlis (RM65,099), PAS Melaka (RM60,000) dan PAS Sarawak (RM40,000), sementara Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda masing-masing RM150,000 dan RM120,000.

Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) selaku koordinator dan anggota Sekretariat #Aid4Palestine pula telah merekodkan pengumpulan sebanyak RM1,230,827 setakat tengah hari semalam.

Sekretariat #Aid4Palestine yang dipengerusikan Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi akan membuat penyerahan dana ini kepada Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, penyaluran dana itu nanti akan difokuskan kepada tiga pembangunan utama iaitu pendidikan, kebajikan dan kesihatan pasca-perang di Palestin.

Para dermawan diseru agar sumbangan dibuat menerusi akaun Maybank 5640 7061 4481 (Tabung Kemanusiaan PASRelief) atau https://pasrelief.onpay.my/order/form/gaza dengan rujukan ‘Aid4Palestine’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 23/5/2021

- Advertisement -
- Advertisement -