Israel kalah kerana dunia bergabung bela Palestin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Media-media di Israel melaporkan genjatan senjata yang diumumkan kerajaan negara zionis itu suatu hal yang paling memalukan zionis Israel.

Ini kerana gencatan senjata bukan konsensus awal kedua-dua pihak.

Pemerhati politik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, strategi perang pejuang Hamas lebih padu dan bermoral kerana hanya menyasarkan tempat strategik berbanding Israel.

- Advertisement -
DrZulkefleeY
Dr Zulkeflee Yaacob

Katanya tentera zionis Israel membunuh dan mencederakan orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua yang dilarang dalam ajaran Islam.

“Malah mereka berperang tanpa maklumat yang lengkap. Ini dilihat cara Israel mengebom secara rambang termasuk menyerang bangunan syarikat akhbar antarabangsa di Gaza.

“Ia menjadi punca gerak banyak negara tidak lagi pro-Israel kerana masyarakat antarabangsa sudah cerdas teknologi maklumat,” katanya di sini.

Awal pagi tadi rakyat Palestin meraikan kemenangan dengan takbir raya berkumandang di seluruh jalan seolah-olah baharu menyambut Syawal setelah Israel tewas perang.

Tepat jam 2 pagi waktu Palestin (7 pagi waktu Malaysia) secara rasmi Zionis menghentikan serangan serta merta ke atas Semenanjung Gaza.

Dr Zulkeflee juga berkata, perjuangan Palestin bermula Intifada yang pertama pada 1987.

Kata beliau kebangkitan itu diakui menggerunkan Israel kerana zionis mundur dengan nilai-nilai kemanusiaan untuk memastikan rakyat Palestin hidup aman damai.

“Tinjauan di media sosial memperlihatkan sokongan masyarakat antarabangsa kepada Palestin meningkat dengan ketara.

“Israel kalah perang kerana masyarakat antarabangsa bergabung secara naratif dalam perjuangan Palestin.

“Sokongan kepada Palestin terutamanya di media maya berlaku di serata dunia termasuk Barat bagi membuka pekung Israel sebagai penjajah. Ini juga memalukan Amerika Syarikat,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/5/2021

- Advertisement -