Tommy hina sistem kehakiman negara sendiri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kebimbangan rakyat terhadap gaya pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini terbukti apabila ia didedah sendiri bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Tommy dilantik sebagai Peguam Negara bermula Jun 2018 iaitu sebulan selepas PH mentadbir negara ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, perkara itu didedah Tommy dalam bukunya yang berjudul My Story: Justice in the Wilderness dilihat mempunyai agenda tersendiri.

- Advertisement -

Katanya, beliau dianggap cuba memporak peranda negara dengan memberi kefahaman rakyat mengikut kaca matanya sendiri biarpun tanpa fakta tepat.

“Lebih membimbangkan lagi fakta yang ditulis tidak tepat dan lebih kepada dimanipulasi untuk menyemai rasa benci dan fitnah dengan tujuan untuk memesong kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan,” katanya di sini.

Buku memoir My Story: Justice in the Wilderness yang dihasilkan Tommy mengundang kemarahan banyak pihak kerana dianggap menyeleweng banyak fakta.

Berikutan itu banyak pihak tampil membuat laporan polis terhadap bekas peguam negara terbabit termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Dr Nik Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, tindakan Thommy mencerminkan sikap, pemikiran serta pendekatannya bertentangan dan melanggar sumpah jawatan jawatan sebelum ini.

Kata beliau sebagai bekas Peguam Negara, Tommy sepatutnya bertanggungjawab menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan setiap masa.

“Maka apabila beliau menyebut beberapa perkara yang sensetif kepada negara terutama melibatkan isu yang menyentuh perkauaman di Malaysia, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Secara tidak langsung Tommy menghina sistem kehakiman di negara sendiri.

Begitu juga kerahsiaan negara seharusnya dijaga biarpun tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/2/2021

- Advertisement -