Balu Arwah Basiron terima faedah pencen seumur hidup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Balu mantan wartawan Harakah Pahang, Allahyarham Basiron Abdul Wahab, iaitu Siti Hajar Abdullah menerima pencen bulanan seumur hidup daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hasil caruman Allahyarham.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Kamaruzaman Mohamad, keluarga Allahyarham Basiron menerima faedah pencen seumur hidup (Pencen Penakat) bersama Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000.

Mewakili Harakah, beliau mengucapkan terima kasih kepada Skuad Perkeso Prihatin di atas sumbangan yang disampaikan itu.

Beliau berkata demikian dalam ziarahnya ke rumah Allahyarham Basiron bersama Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar, di Temerloh, Pahang, hari ini.

Tambah Ketua Penerangan PAS itu, keluarga Allahyarham Basiron berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja ketika beliau menziarahi.

Allahyarham pergi menghadap Ilahi pada 1 Desember tahun ini meninggalkan seorang balu, Siti Hajar Abdullah, 49, dan dua orang cahaya mata, Khairul Imran Basiron, 26 dan Nurul Syarena Basiron, 16.

Allahyarham sebelum itu disahkan strok oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh pada 18 Febuari lalu dan kesihatannya semakin merosot hari demi hari.

Allahyarham telah berkhidmat dengan Harakah sejak 1996 dan menjadi wartawan Pahang yang giat menulis untuk pelbagai berita dan rencana. – HARAKAHDAILY 11/12 /2020

- Advertisement -