LTAPP: Kenapa Lim Guan Eng marah sangat?

- Advertisement -

PADA 23 Ogos 2020 dan sebelum itu lagi, 18 Ogos 2020, saya sudah jelaskan mengenai sebab-sebab kenapa perlunya penangguhan pelaksanaan menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

- Advertisement -

Bukan LTAPP saja, tetapi ia juga melibatkan keseluruhan 42 lapangan terbang untuk membolehkan satu Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang (NASP) dilaksanakan.

Apa yang membuatkan Lim Guan Eng marah sangat ni? Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pun tenang saja dan menyedari kesan COVID-19 kepada pelbagai sektor di seluruh negara.

“Kita serahkan kepada MAHB untuk menimbangkan semua faktor itu, namun hakikatnya sebelum bermula gejala COVID-19 lagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah dijadual untuk diperbesarkan, bagaimanapun rancangan itu mungkin terpaksa ditangguhkan akibat pandemik ini.

“Saya rasa kementerian (Kementerian Pengangkutan) harus menimbangkan bila waktu yang sesuai,”

https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1865175

Lim Guan Eng mungkin tak tahu bahawa saya dan Ketua Menteri Chow pernah berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai projek pembesaran LTAPP selepas mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara(MPFN) ke-35 pada 13 Ogos 2020 dan juga di Lobi Parlimen pada 17 Ogos 2020.

Malah pada minggu ini, saya akan mengadakan satu mesyuarat khas dengan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi membincangkan isu-isu tentang pengangkutan awam.

Lim Guan Eng sudah lupa bahawa beliau kini bukan Ketua Menteri Pulau Pinang lagi?

Oh ya Guan Eng, jangan pula lupa jelaskan mengenai pertanyaan saya semalam.

1. Sila tunjuk mukasurat atau perenggan berapa dalam teks ucapan Belanjawan 2020 yang ada menyatakan mengenai peruntukan RM800juta untuk projek menaiktaraf LTAPP, yang dikatakan diluluskan oleh Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan?

2. Sila jawab pendedahan yang dibuat oleh mantan PM, Dato’ Sri Najib Razak mengenai cadangan PFI oleh Ideal Group.

DATO’ SERI DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 25/8/2020

- Advertisement -