Pembohongan PH terus terbongkar

- Advertisement -

JANJI nombor 23 dalam Manifesto Pilihan Raya PH tahun 2018 berbunyi:

- Advertisement -

“Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan, demi memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat. Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.”

Janji tinggal janji rupanya. Semasa berkempen mengemis sokongan rakyat, PH mendabik dada kononnya mahu wujudkan kerajaan yang telus dan bersih rupanya setelah menang amalan perolehan secara rundingan terus yang ia kritik dahulu terus diamalkan.

Di Dewan Rakyat petang semalam Menteri Kewangan mendedahkan sepanjang PH memerintah negara iaitu 22 bulan sebanyak 101 perolehan rundingan terus telah ditawarkan kerajaan. Ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM6.61 bilion.

Mana pergi reformasi dan ketelusan yang dijanjikan? RM6.61 bilion projek yang diberikan secara rundingan terus tanpa tender dalam tempoh 22 bulan bersamaan dengan lebih kurang RM300 juta sebulan.

Ternyata rakyat tertipu. Mujurlah mereka berkuasa cuma 22 bulan. Akan datang pastikan kita tidak terjerat dengan janji-janji palsu mereka lagi.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 25/8/2020

- Advertisement -