Bakal calon PAS profesional dan berintegriti

- Advertisement -

PAS Sabah bersedia meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PAS Sabah mempunyai calon-calon yang profesional dalam kalangan pensyarah, jurutera, ilmuan agama dan pelbagai latar belakang yang sangat berdaya saing.

Selain itu perkara yang paling penting, calon yang akan diketengahkan pastinya penuh dengan integriti dan bersih daripada sebarang kes rasuah.

- Advertisement -

Seperti mana pimpinan PAS peringkat Pusat dan negeri-negeri yang tidak pernah terpalit dengan sebarang kes rasuah, begitulah juga ciri-ciri calon PAS yang akan diketengahkan dalam pilihan raya kali ini.

PAS Sabah juga sedang meneliti untuk meletakkan calon bukan-Islam seperti yang telah dilakukan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

PAS sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat dan negara melebihi kepentingan diri sendiri.

DR. ALIAKBAR BIN GULASAN
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah
12 Ogos 2020 – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -