PATI: 41 tekong telah ditahan setakat ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa seramai 327 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 41 tekong telah ditahan menerusi Ops Benteng selepas cuba memasuki negara ini secara haram.

Katanya, pihak turut menahan tujuh individu yang disyaki sebagai penyeludup dan menahan tujuh buah bot.

- Advertisement -

“Pihak berkuasa juga mengusir 86 PATI, tiga tekong dan tiga kapal yang diusir kerana cuba merentasi sempadan perairan negara secara haram.

“Kerajaan memang serius mengawal sempadan negara dan akan terus memperketatkan kawalan terutama di lorong-lorong tikus samada mengusir atau menangkap sesiapa sahaja warga asing yang masuk secara haram ke negara,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Ops Benteng ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Ismail Sabri berkata, Ops Benteng juga telah berjaya menahan seramai 1,515 PATI yang sedia ada dalam negara.- HARAKAHDAILY 28/5/2020

- Advertisement -