Pemandu mabuk mesti dicegah dari puncanya

mabuk
- Advertisement -

CUKUP-cukuplah insiden sebegini apatah lagi ianya berlaku dalam tempoh PKPB ini. Masyarakat Malaysia bukan setakat dah meluat dengan pemandu mabuk tetapi saya percaya ramai yang sangat marah telah berita pemandu mabuk.

Saya tidak sama sekali menyokong mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang namun saya risau dengan kemarahan masyarakat terhadap insiden pemandu mabuk sebegini akan menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri.

Pada 25 Januari 2020, saya telah menulis beberapa cadangan bagi menangani masalah pemandu mabuk di pautan ini [1] dan yang saya cadangkan adalah;

- Advertisement -

(1) Mengehadkan penjualan arak hanya di kelab atau pusat hiburan. Tidak membenarkan penjualan di kedai runcit, kedai 24 jam, restoran serta kafe. ‘Kuarantinkan’ peminum arak di satu kawasan dan;

(2) Sekatan jalan raya atau ‘menyaring’ pengunjung kawasan hiburan sebelum mereka mula pemabuk mula menggila di jalan raya untuk mengurangkan risiko kemalangan. Mereka yang ditahan semasa mabuk dalam sekatan jalan raya, lesen mereka digantung sebulan untuk kesalahan pertama, lesen digantung 6 bulan untuk kesalahan kedua, lesen digantung setahun untuk kesalahan ketiga dan lesen digantung selama-lamanya untuk kesalahan keempat.

Lebih baik dicegah awal dari membiarkan pemabuk menjadi pembunuh di jalan raya. Andai lesen pernah digantung masih mahu minum sehingga mabuk, mereka memang tidak takut dikenakan tindakan.

(3) Waktu operasi pusat hiburan dihadkan sehingga jam 12:30 tengah malam sahaja! Di Australia, kebanyakan pub dan pusat hiburan dibuka sehingga 7:00 malam sahaja dan pengecualian hanya pada hujung minggu dan tidak dibenarkan memegang dan meminum arak di jalanan dan hanya boleh minum di dalam premis sahaja!

(4) Hukuman terhadap pemandu mabuk yang terlibat dalam kemalangan dinaikkan ke minima RM30,000 dan maksima RM100,000 serta penjara tidak kurang 5 tahun dan maksima 30 tahun manakala yang mengakibatkan maut perlu dipenjara seumur hidup. Tiada simpati kepada pemandu mabuk yang telah meragut nyawa ahli keluarga orang lain.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 26/5/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

[1] https://bit.ly/2TDn3n8
[2] https://bit.ly/2LXloob

- Advertisement -