COVID-19: Kumulatif kes ‘trend’ menurun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan mengalu-alukan sumbangan  kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan di hospital serta mangsa COVID-19.

- Advertisement -

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, pakar perubatan tidak dapat meramalkan bila wabak itu berakhir walaupun secara kumulatifnya sebanyak 85 kes baharu dengan 1 kematian dilaporkan hari ini.

“Dengan bantuan semua pihak, kita dapat menangani masalah PPE, kita masih menerima sebab kita tidak tahu bila penyakit ini akan berakhir. 

“PPE penting terutamanya petugas di barisan hadapan, kalau ikut PPE kita ada banyak item seperti face mask, jump suite dan sebagainya, apa yang penting sekarang PPE tidak putus bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan makanan dan kelengkapan PPE daripada Rehda Malaysia Cawangan Kelantan di Mabna MBI Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad yang turut dihadiri Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohd Anis Hussein dan Timbalan Pengerusi Rehda Cawangan Kelantan, Dato’ Samsuri Awang Mat.

Dr Zaini juga berkata, ketika barisan hadapan sedang berhadapan dengan wabak tersebut kelengkapan PPE yang disumbangkan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) sangat diperlukan.

Menurut beliau juga jumlah kumulatif kes yang kini memasuki fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  menunjukkan trend menurun.

Oleh itu pihaknya meminta rakyat mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Sentiasa berada di rumah, menjaga kebersihan dan mementingkan jarak sosial satu meter setiap kali keluar rumah bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -