Masjid di lokasi wabak Covid-19 ditutup

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

KUBANG PASU: Semua masjid dan surau di empat mukim yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) akibat wabak Covid-19 tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud bagaimanapun berkata, hanya tiga jemaah sahaja dibenarkan hadir solat fardhu.

- Advertisement -

Manakala solat Jumaat di mukim berkenaan juga ditangguh dan diarah menggantikannya dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.

“Arahan itu berkuat kuasa 2 Ogos sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya pada satu kenyataan di sini semalam.

Arahan itu melibatkan lima masjid di Kubang Pasu iaitu Masjid Kariah Bani Hashim Hosba, Pekan Napoh; Masjid Kariah Al-Amin Kampung Cherok Moktan; Masjid Kariah Jamiusalam, Megat Dewa; Masjid Kariah Al-Jahra, Asun dan Masjid Kariah Al-Bukhari, Kampung Bukit.

Manakala tiga di Padang Terap iaitu Masjid Kariah Kubang Palas, Masjid Kariah Padang Sanai dan Masjid Kariah At-Tarmizi Kampung Padang Cenderai. – HARAKAHDAILY 4/8/2020

- Advertisement -