Penjara Kelantan ketat SOP elak Covid-19

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Penjara Kelantan memperketat prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan penghuni penjara.

Pengarah Penjara Kelantan Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, SOP itu melibatkan Penjara Pengkalan Chepa, Penjara Machang dan pusat tahanan parol.

- Advertisement -

Katanya, berikutan penjara menerima 100 pesalah sehari pihaknya terpaksa mempertingkatkan SOP berbanding yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pematuhan SOP dilaksana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia berjalan sehingga kini,” katanya selepas menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) disumbang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Sumbangan tersebut termasuk PPE, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman disampaikan Naib Canselor UMK Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail.

Peralatan berkenaan meliputi 2,000 unit PPE, 2,000 botol cecair pembasmi kuman dan 500 pelitup muka untuk Penjara Kedah.

Mat juga berkata bagi mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan tahanan, pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan kuarantin terhadap banduan baharu selama tempoh 14 hari pada awal kemasukan. – HARAKAHDAILY 9/10/2020

- Advertisement -