Rakyat AS disaran ambil penggalak Covid-19 baharu

- Advertisement -

WASHINGTON: Pentadbiran Biden merancang untuk menggesa semua rakyat Amerika Syarikat (AS) mendapatkan suntikan penggalak bagi coronavirus pada musim luruh ini bagi mengatasi gelombang jangkitan baharu.

Pegawai Rumah Putih berkata, walaupun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital akibat virus itu, tahap keseluruhan kekal rendah.

- Advertisement -

Khamis lalu, Moderna menyatakan bahawa data awal menunjukkan vaksin Covid-19 yang dikemas kini berkesan terhadap subvarian “Eris” dan “Fornax” pada manusia.

Moderna dan pembuat vaksin Covid-19 lain seperti Novavax, Pfizer dan rakan kongsi Jerman BioNTech SE telah mencipta versi vaksin yang disasarkan kepada subvarian XBB.1.5.

Sementara menunggu kelulusan pengawal selia kesihatan di AS dan Eropah, syarikat berkenaan menjangkakan vaksin yang dikemas kini akan dapat disediakan dalam beberapa minggu akan datang untuk musim vaksinasi musim luruh.

“Kami akan menggalakkan semua rakyat AS untuk mendapatkan penggalak itu sebagai tambahan kepada suntikan selesema dan suntikan RSV,” kata pegawai itu, merujuk kepada Virus Pernafasan Syncytial (RSV). – REUTERS

- Advertisement -