Taufan Hilary 95km/j, gempa bumi gegar California

Sebuah trak bomba sedang menarik sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir akibat hujan lebat yang melanda susulan kemunculan Taufan Hilary di Palm Dessert, California pada awal pagi Ahad, 20 Ogos 2023. (FOTO: AP)
- Advertisement -

LOS ANGELES: Selepas meragut satu nyawa di Mexico,  yang menerjah dengan membawa hujan yang lebat melanda negeri California pada Ahad (20 Ogos) yang mengancam keselamatan penempatan di barat daya Amerika Syarikat.

Serangan ribut Tropika berkenaan melanda dengan cara dan kesan susulan yang menakutkan, selain banjir, ia telah mencetuskan  gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda berhampiran bandar Ojai di selatan California, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, lapor AP.

Selain California, wilayah barat daya AS meliputi  Nevada, Utah, Colorado, Arizona, dan New Mexico yang biasanya gersang didiami populasi kira-kira 14.6 juta orang di 40 Daerah dalam  lima negeri berkenaan.

- Advertisement -

Setakat tengah hari Ahad (waktu tempatan), teras Hilary berada di California dengan angin berkelajuan maksimum 95kmj (kilometer/jam), selepas melanda Semenanjung Baja California di Mexico, Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS berkata, kejadian ribut tropika yang sangat jarang berlaku di selatan California itu bergerak pada kadar pantas 37kmj.

“Hilary dijangka menurunkan hujan sehingga 25cm di bahagian California dan Nevada, mengakibatkan banjir yang berbahaya kepada penduduk.  

“Banjir besar yang mengancam nyawa penduduk berisiko  berlaku di Baja California dan bahagian barat daya AS hingga Isnin (21 Ogos),” ujar kenyataan NHC.

Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass pula dalam kenyataannya berkata: “Ini adalah peristiwa senario cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini (di California).

Sehubungan itu, kawasan pantai diarahkan ditutup dan orang ramai bergegas ke kedai untuk membeli bekalan air dan keperluan lain dalam pada amaran banjir kilat dan puting beliung telah dikeluarkan untuk beberapa kawasan.

Taufan Hilary sebelum ini mencapai Kategori 4 – yang kedua paling kuat pada skala taufan Saffir-Simpson lima langkah; tetapi telah diturunkan kepada ribut tropika  biasa ketika ia menuju ke bandar sempadan Mexico yang padat dengan penduduk  di bandar Tijuana.

Walaupun keadaan ribut berkenaan semakin lemah, namun pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) AS, Deanne Criswell menggesa orang ramai untuk mengambil serius tentang bahaya itu.

“Taufan Hilary akan menjadi impak dan ancaman serius kepada bahagaian  selatan California,” katanya dalam siaran CNN.

Gabenor California, Gavin Newsom pula sehubungan itu mengisytiharkan darurat untuk sebahagian besar kawasan selatan negeri itu.

“Kekal selamat, California,” tulisnya di media sosial ketika Taufan Hilary menghampiri bahagian barat daya Amerika Syarikat.

“Pihak berkuasa membuka lima tempat perlindungan ribut dan mengerahkan lebih 7,500 anggota, termasuk beberapa ratus askar Pengawal Kebangsaan serta pasukan penyelamat air pantas,” ujar kenyataan dari pejabat Newsom.

Di San Diego, orang ramai mengisi beg pasir untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir, manakala penyelamat memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi kawasan berhampiran  lautan.

Terdahulu dalam perjalanannya ke barat AS, Taufan Hilary telah melanda Mexico menurunkan hujan lebat menyebabkan seorang maut selepas sebuah kenderaan dihanyutkan oleh air sungai yang melimpah, kata agensi Perlindungan Awam Mexico, sambil memberi amaran tentang tanah runtuh dan penutupan jalan di Baja, California.

Tentera Mexico telah membuka 35 pusat perlindungan yang menyediakan perlindungan kepada 1,725 orang yang terjejas akibat ribut tropika berkenaan. – HARAKAHDAILY 21/8/2023

- Advertisement -