Pakar minta warga UK guna penutup muka

- Advertisement -

LONDON: Saintis meminta penduduk United Kingdom (UK) memakai penutup muka semula berikutan kebimbangan kemunculan varian mutasi Covid-19 yang membimbangkan.

Mereka menyatakan kebimbangan terhadap subvarian Omicron, iaitu ‘Eris’, yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di UK.

- Advertisement -

Mengikut laporan media, bilangan penduduk yang didiagnosis virus itu melonjak daripada anggaran 3.3 setiap 100,000 orang kepada 7.2 dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Substrain baharu yang dirujuk sebagai “BA.6” juga menyebabkan kebimbangan, walaupun hanya ditemui di Denmark dan Israel buat masa ini.

Pakar penjagaan kesihatan utama di Universiti Oxford, Trisha Grerenhalgh menggesa orang ramai memakai penutup muka sekali lagi.

“Pelbagai kumpulan WhatsApp sains saya sedang riuh rendah. Klip dan gambar rajah keturunan genetik berterbangan ke sana ke mari. Saya memahami sedikit butirannya, tetapi nampaknya sudah tiba masa untuk memakai penutup muka,” katanya di X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Profesor Christina Pagel dari University College London pula berkata, substrain itu berpotensi menyebabkan “gelombang besar”.

Varian ini mempunyai “banyak mutasi baharu yang menjadikannya sangat berbeza dengan strain Omicron sebelumnya,” katanya pada X.

Selain itu, dalam artikel pendapat yang diterbitkan minggu ini dalam Jurnal Perubatan British, Pagel berkata “adalah munasabah bahawa kita telah memasuki gelombang Covid-19 yang lain.” – TRTWORLD

- Advertisement -