Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 menuju 100 tahun PAS

- Advertisement -

SEBUAH wawasan menuju 100 tahun penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pemikiran Tuan Guru Presiden PAS dalam merangka wawasan ini menjangkaui politik pilihan raya. Bukan untuk mendapat kerusi semata, bukan untuk mengambil alih negeri semata.

Lebih dari itu, inilah peta jalan yang panjang untuk mewujudkan negara Malaysia Sejahtera, teguh terbangun berlandaskan model Islam yang lengkap dan sempurna.

Fasa Utama  pelaksanaan matlamat WINS 2051:

1. Fasa Pertama 2018 – 2030.

Menekankan pendekatan transformasi ke arah menyelesaikan masalah yang membelenggu negara. Dinamakan sebagai program Transformasi Negara Sejahtera.

2. Fasa Kedua 2031 – 2040.

Membangunkan Malaysia memacu menuju negara maju dan sejahtera mengikut acuan Islam yang adil untuk semua selaras peruntukan Perlembagaan bahawa Islam Agama Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam.

3. Fasa Ketiga 2041 – 2051.

Melonjakkan negara sebagai pemimpin dunia sesuai dengan cita-cita perjuangan agar tertegaknya negara yang mengamalkan prinsip Islam yang adil dan saksama untuk semua manusia.

Jalan ini masih panjang, kemenangan demi kemenangan mesti dicipta untuk mendukung cita-cita besar ini hingga sampai kepada kejayaan menegakkan sepenuhnya sebuah negara Islam.

Sehingga itu ahli mesti kekal berusaha untuk istiqamah dalam jalan yang panjang ini, sedia berkhidmat dan setia teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru Presiden PAS.

“Malaysia Sejahtera”

ZURK AHMAD 
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
17 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -