Teo Nie Ching mahu sabotaj Tun M?

- Advertisement -

DI SAAT portal-portal berita semuanya melaporkan bahawa Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik akan dibuat dalam Bahasa Inggeris, tiba-tiba sahaja Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, direkodkan oleh sebuah portal berita berbahasa Cina, Sin Chew, sebagai memaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir tidak menyatakan akan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

- Advertisement -

Membaca laporan pemakluman Teo Nie Ching ini, saya mengambil keputusan untuk mendengar sendiri video kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut.

Di dalam video tersebut, Tun Dr Mahathir didengari menyebut begini:
“We want to promote the use of English, the mastery of the language, in our educational system, this is very important, that we must give time for learning English, in particular in the learning of Science and Mathematics. Geography and History can come in any language but Science and Mathematics is not an indigenous field of knowledge. It comes from abroad and most of it comes to us in English. And therefore we are going to use English in the teaching of Science and Mathematics.”
Terjemahan: “Kita mahu menggalakkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita, ini adalah sangat penting, bahawa kita mesti memberi masa untuk mempelajari Bahasa Inggeris, khususnya dalam mempelajari Sains dan Matematik. Geografi dan Sejarah boleh datang dalam mana-mana bahasa tetapi Sains dan Matematik bukan satu bidang pengetahuan asli. Ia datang daripada luar negara dan kebanyakannya datang kepada kita dalam Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu kita akan menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.”

Teo Nie Ching juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan perlu membuat kajian terlebih dahulu jika PPSMI mahu dilaksanakan semula.

Soalnya sekarang ialah:
(1) Mengapa Teo Nie Ching menafikan Tun Dr Mahathir menyebut akan melaksanakan semula PPSMI tatkala Tun Dr Mahathir jelas menyebut “kita akan menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik”? Apakah Teo Nie Ching tidak faham apa yang Tun Dr Mahathir nyatakan atau Teo Nie Ching sengaja tidak mahu mendukungnya tatkala ia mula diserang oleh pelbagai pihak, termasuk dari dalam PH sendiri?

(2) Mengapa Teo Nie Ching menyatakan Kementerian Pendidikan perlu membuat kajian terlebih dahulu jika PPSMI mahu dilaksanakan semula sedangkan Tun Dr Mahathir sendiri telah mengumumkan dalam sidang Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 lagi bahawa Kementerian Pendidikan “sedang mengkaji secara terperinci pelaksanaan semula dasar ini dengan menyediakan sistem baru yang menggunakan pengajaran melalui IT iaitu pengajaran yang direkod oleh guru yang terbaik yang akan diguna di semua sekolah supaya kecekapan guru yang terbaik dapat dinikmati oleh semua murid dan penuntut”?

Atau apakah Teo Nie Ching sengaja mahu sabotaj Tun Dr Mahathir?

Laporan dan video rakaman Teo Nie Ching boleh dibaca dan ditonton di pautan berikut: https://www.sinchew.com.my/content/content_2209131.html

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 1/2/2020

- Advertisement -