Virus Corona: Antara konspirasi dan Trade War

- Advertisement -

MENJADI persoalan

(1) Virus Corona yang menjadi isu pada hari ini tersebar dengan cepat khususnya dalam negara China. Dalam isu ini, pelbagai spekulasi timbul.

Mungkin boleh diperlebarkan kajian dalam spekulasi ini, mana tahu ada benarnya. Iaitu satu pihak menyatakan bahawa virus ini hasil kebocoran makmal di China [1].

Ada pula yang menafikan propaganda tersebut [2]. Masing bersandar kepada kajian masing masing. Hakikatnya ia hanya diketahui oleh Allah S.W.T mana satu kebenarannya.

(2) Di hujung sana ada pendedahan ‘secara tertutup’ bahawa virus ini adalah projek Amerika. Namun, hal ini saya belum lagi bersedia untuk ‘mensharing‘nya.

(3) Di dalam dunia pengkaji, ada yang berpegang teguh dengan teori konspirasi. Ada pula yang bersikap anti teori konspirasi. Masing-masing mempunyai hujah.

Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang fakta Perang Biologi [3] sebagai panduan untuk menimbang perkara ini. Iaitu, belajar dari sejarah.

(4) Media ‘Conspiracy Time’ menyiarkan satu video pendek tentang Virus Corona yang merupakan Biological Warfare [4] Poin-poinnya agak rasional untuk dikaji.

Dalam web Foreign Policy menerbitkan artikel yang bertajuk ‘The Wuhan Virus Is Not a Lab-Made Bioweapon: Conspiracy theories are spreading faster than the coronavirus itself’.

Terheret kepada isu ekonomi

(1) Dalam isu ini, yang pastinya pasti Amerika boleh mengambil peluang ini untuk menjuarai persaingan Amerika vs China yang selama mendominasi dunia.

Projek ekonomi China pastinya terencat. Samada disebabkan virus itu sendiri, atau hanya sekadar propaganda untuk ‘merencatkan’ ekonomi negara itu.

(2) Boleh baca artikel Mice Times yang bertajuk ‘Coronavirus can be transmitted via parcel AliExpress’ [5] seolah-olah sebagai satu naratif awal.

Penerbangan dan pergerakan (pelancongan) rakyat China sudah pastinya terencat. Teori yang biasa kita dengar, ekonomi itu berjalan apabila manusia itu berjalan.

Bermaksud apabila manusia itu berhenti berjalan, maka ekonomi akan terencat. Beberapa negara sudah pun menyekat penerbangan yang berkaitan dengan China [6]

(3) Tetapi Malaysia masih lagi dilihat ‘atas angin’ terhadap penerbangan dari China ini [7]. Seolah olah semakin terheret kepada ‘isu ekonomi’.

Apatah lagi isu virus ini tersebar di kemuncak persaingan ekonomi Amerika dan China. Yang terakhir, China ‘menyegarkan’ kembali hubungan dengan Myanmar [8]

Begitu juga dengan China yang telah menandatangan ‘One Phase Trade Deal’ dengan Amerika, mungkin bagi mengendurkan persaingan ini [9]

Eurasia

(1) Antara yang mungkin perlu diperhatikan ialah sebaran media berhubung kenyataan WHO yang mengisytiharkan darurat. Dengan istilah International Emergency [11].

Namun di Malaysia, media media biasanya menggunakan perkataan ‘Darurat’ [12] contoh dalam isu Ebola, Zika dan lain lain. Tetapi dalam isu Corona, ada yang diterjemahkan dengan Kecemasan. [13]

Mengapa? Mungkin perlu sedar bahawa China sedang melebarkan pengaruhnya untuk menguasai Asia Tenggara, seolah olah ingin muncul sebagai kuasa besar yang menguasai Eurasia [14].

(2) Eurasia memang menjadi kawasan yang paling ditakuti oleh Amerika sekiranya muncul kuasa besar di situ. Kerana ia merupakan kawasan yang paling besar di dunia, dan populasi masyarakat yang paling ramai [14].

Justeru, Amerika mesti menjalankan projeknya untuk menyekat mana mana kuasa yang bangkit di Eurasia. Projek ini dibukukan oleh Zbigniew Brzezinski pada 1997 [15].

(3) Di dalam muqaddimah buku tersebut, Brzezinski menceritakan bahawa sejak benua-benua mula berinteraksi antara satu sama lain dengan saluran politik, kira-kira lima ratus tahun yang lalu, Eurasia telah menjadi pusat kuasa dunia.

Namun setelah jatuhnya Soviet, kawasan Eurasia dilihat sebagai satu kerompongan untuk di’kuasai’. Maka mana mana kuasa yang bangkit, dianggap pengganti Soviet.

(4) Penguasaan Amerika terhadap Eurasia bertujuan memastikan kawasan itu ‘tidak bangkit lagi’ sebagai pesaing Amerika. Jadi, buku Brzezinski dikarang bagi menampakkan strategi itu.

Iaitu perancangan yang sesuai bagi ‘mengurus’ kawasan tersebut. Bertujuan supaya tidak timbul mana mana kuasa yang mendominasi kawasan tersebut sebagai kuasa besar seperti Soviet.

Ekonomi China terencat

(1) Maka, dalam kita menimbang serangan virus ini, kita boleh andaikan beberapa kemungkinan kemungkinan yang logik. Sama ada ia agenda Amerika untuk menyekat China.

Atau ia adalah agenda China menguasai dunia, namun terbocor dari makmal mereka seperti mana yang diteorikan. Hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

(2) Boleh juga letakkan kesimpulan ketiga, atau keempat. Iaitu boleh jadi dengan adanya fenomena ini, menjadi kesempatan untuk Amerika ‘bertindak’ menjayakan propaganda mereka.

Segalanya ada kemungkinan. Di Malaysia, hal ini kelihatan mencemaskan apabila DAP seolah olah merasa tergugat dengan sebarang sekatan terhadap kemasukan rakyat China [16].

Sedikit sebanyak merencatkan perancangan mereka untuk melambakkan pengaruh mereka di Asia Tenggara sepertimana yang dikatakan oleh Trump pada awal 2019 [17].

(3) Dalam hal ini juga kita perlu teliti tentang Trade War yang menjadi persaingan antara Amerika dan China. Supaya kita boleh faham bagaimana mungkin kesempatan itu diambil [18]

Antara isi perjanjian Fasa Pertama yang ditandatangani pada 15 Januari tahun ini China diwajibkan membeli nilai USD 200 bilion dalam import AS tambahan.

Iaitu selama dua tahun di atas tahap pembelian pra-Trade War. Walau bagaimanapun, dengan wabak ini menurunkan harga komoditi [19]

Ekonomi dunia menyusut

(1) Pada 27 Januari 2020, sebuah artikel diterbitkan oleh Alhambra Partners yang bertajuk “China’s Coronavirus Is The New Trade War” [20].

Artikel yang ditulis oleh Jeffry P. Snider ini menggambarkan bahawa Trade War pada hari ini ialah Corona Virus itu sendiri. Ekonomi Amerika dan China kedua duanya terganggu dengan virus ini.

Hal ini dihuraikan dengan cukup terperinci, bahkan ditambah pula dengan kenyataan terbaru Donald Trump yang menggambarkan situasi kritikal ini .

(2) Sebuah artikel yang diterbitkan pada 29 Januari tahun ini, yang bertajuk ‘Trump’s Phase One trade deal with China suffers from coronavirus spread’ [21].

Ia ditulis oleh Michael Hirtzer and Bloomberg, menyatakan bahawa sebelum pertengahan Januari lagi ketika mana persepakatan One Phase Trade Deal sudah berlakunya penyusutan ekonomi.

Antaranya kacang soya yang menyusut 4.4 peratus, daging khinzir menyusut 4.9 peratus, kapas menyusut 1.4 peratus dan sebagainya. Bahkan selepas serangan Corona Virus ini lebih menyusut.

(3) Secara tidak langsung, ia bakal memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia. Iaitu apabila terencatnya perdagangan antara dua tauke besar ini.

Sebab itu dalam isu wabak ini, kita tidak wajar menjadi hardcore teori konspirasi, dan kita juga tidak wajar menjadi anti teori konspirasi. Perlu timbang kedua duanya.

[1] https://foreignpolicy.com/2020/01/29/coronavirus-china-lab-mortality-virology-wuhan-virus-not-bioweapon/
[2] https://foreignpolicy.com/2020/01/29/coronavirus-china-lab-mortality-virology-wuhan-virus-not-bioweapon/

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1305066963020107&id=251201991739948

[4] https://www.facebook.com/605815676480490/posts/938766479852073/

[5] http://micetimes.asia/coronavirus-can-be-transmitted-via-parcel-aliexpress/

[6] https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/amp/world-us-canada-51316915

[7] https://www.sinarharian.com.my/article/68157/KHAS/Koronavirus/Tiada-sekatan-penerbangan-dari-China-Anthony

[8] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1299250650268405/

[9] https://www.google.com/amp/s/www.cnbc.com/amp/2020/01/20/us-china-phase-one-trade-deal-could-fall-apart-in-one-year-expert.html

[10] https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/amp/world-51318246

[11] https://youtu.be/hM_W5MpxU7c

[12] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-dunia/who-isytihar-koronavirus-kecemasan-kesihatan-global-229458%3famp=1

[13] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/68120/KHAS/Koronavirus/WHO-isytihar-koronavirus-wuhan-sebagai-kecemasan-kesihatan-global

[14] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3118062778235461&id=100000953077134

[15] Boleh pm saya untuk dapatkan buku ini dalam bentuk pdf

[16] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/540238/amp

[17] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/516997/asia-tenggara-bimbang-projek-bri-china-ragu-ragu-dengan/amp

[18] https://www.china-briefing.com/news/the-us-china-trade-war-a-timeline/

[19] https://amp.scmp.com/economy/china-economy/article/3048002/china-coronavirus-could-hit-beijings-ability-meet-us-trade

[20] https://alhambrapartners.com/2020/01/27/chinas-coronavirus-is-the-new-trade-war/

[21] https://www.google.com/amp/s/fortune.com/2020/01/29/trumps-phase-one-trade-deal-with-china-suffers-from-coronavirus-spread/amp/

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 1/2/2020

- Advertisement -
- Advertisement -