UEC: Siapa yang kena?

- Advertisement -

TAK SEMENA-MENA isu UEC timbul kembali. Isu UEC bukan isu baru. Ia isu lama yang sering dikitar semula. Kalau nak dibincang pun dah tak ada isi baru. Begitulah sempurnanya isu ini telah dibincangkan dan ditolak tanpa perlu bahas lagi.

Di sudut fakta dan hujah yang ada ternyata ia tidak relevan dalam arus pendidikan di Malaysia. Ia menolak usaha perpaduan melalui dasar pendidikan kebangsaan. Ia tidak mungkin diterima melainkan secara kuasa oleh kerajaan semasa.

Kali ini DAP timbulkan lagi isu UEC. Ia lebih keras kononnya ancaman untuk meninggalkan PH yang membawa erti hilang kuasa. Mungkinkah DAP seberani itu? Jawapannya pasti tidak, apatah lagi ketika Kor Ming sedang berusaha memastikan RUU Pembangunan Semula Bandar yang sangat menguntungkan DAP sedang menghampiri fasa akhir.

- Advertisement -

Isu ini muncul sejurus kekalahan mutlak DAP dalam PRN Sabah. Ternyata bebanan rasuah dan kerajaan gagal sangat sensitif bagi kaum Cina . Tiada cara selain perkauman. UEC hakikatnya adalah isu perkauman yang bersarungkan baju pendidikan.

UEC juga boleh menguntungkan PMX jika beliau bertegas menolak. Maka akan berlakulah kononnya pertembungan DAP dan PH PMX yang berlegar dengan isu perkauman. Jika rakyat tertipu dengan lakonan ini, maka PH tetap untung.

Isu ini dan pertembungan terbuka perlu berlarutan hingga PRU16. DAP akan teguh dengan undi Cina dan gerombolan PMX dan BN pun dapat undi Melayu. Selepas PRU mereka bercantum semula. Ketika itu buat apapun kerajaan tak kisah kerana mereka punyai lima tahun untuk mengurus negara dengan kuasa yang ada.

Saya melihat isu ini hanyalah menenggelamkan isu besar  melibatkan PMX yang didedahkan Albert Tei. Dengan gagalnya beberapa isu termasuk gay dan rasuah MP PN untuk menenggelamkan isu Albert, nampaknya UEC sedikit disambut rakyat.

Percayalah, drama ini akan dipanaskan dengan pertempuran terbuka dan ugutan keras. Akhirnya, kita tengok, siapa yang kena? Kata Ibrahim Pendek, iaitu sarjan dalam kisah 40 penyamun… Hoi hoi ya hoi…

FARIS AUDAH
Setapak – HARAKAHDAILY 14/12/2025

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1CHyraa6vc/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.


- Advertisement -