‘Ramai juga doakan kemenangan ke atas saya’

- Advertisement -

KALABAKAN: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Merotai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Hasan Haris menyantuni para ibu bapa dalam satu program sukaneka PASTI di Merotai Besar, hari ini.

- Advertisement -

Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen ibu bapa yang terus menyokong dan mendukung usaha memperkukuh pendidikan PASTI.

Hasan turut menegaskan bahawa pendidikan awal merupakan asas penting dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Selain itu, beliau juga turut beramah mesra dengan para pelajar PASTI yang hadir.

“Pakcik, adik saya minta belon, tegur seorang pelajar PASTI kepada saya.

“Boleh, ambiklah bagi kawan-kawan sekali, jawab saya kepada adik itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyifatkan program seperti itu sebagai ruang penting untuk mengukuhkan hubungan masyarakat dan pemimpin secara dekat.

Sebelum itu, Hasan turut menyantuni para peniaga dan pengunjung di Pasar Semarak Merotai dekat sini.

“Dalam saya menyantuni mereka, syukur alhamdulillah ramai juga yang mendoakan kemenangan ke atas diri saya,” jelasnya.

Kempen yang masuk hari kedua hari ini dilihat semakin rancak dari pelbagai parti yang bertanding dalam N72 Merotai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 29 November manakala pengundian awal 25 November.

Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan. – HARAKAHDAILY 16/11/2025

- Advertisement -