Sebelum melangkah jauh, aku mohon restu ibu – Kasman

- Advertisement -

LAHAD DATU: Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Lahad Datu, Kasman Karate berkata, sebelum melangkah lebih jauh, beliau memohon restu ibu yang tidak pernah putus doanya.

- Advertisement -

Menurutnya, ibulah yang melihat jatuh bangun beliau sejak kecil dan mengajar erti sabar sebelum dunia sempat menguji.

“Dialah yang melihat jatuh bangunku sejak kecil. Dialah yang mengajar erti sabar sebelum dunia sempat menguji.

“Dan hari ini, sebelum aku melangkah lebih jauh, aku kembali pada sumber kekuatanku memohon restu seorang ibu yang tidak pernah putus doanya,” ujarnya dalam catatan di laman Facebooknya.

Beliau menambah, dalam setiap langkah, beliau juga terkenang pada arwah ayahnya.

“Dalam setiap langkah ini, aku juga terkenang pada arwah ayah. Dialah yang membentuk disiplin, ketegasan dan nilai hidup yang kupegang hingga hari ini,” katanya lagi.

Kata Kasman, walau jasad ayahnya tiada, nasihat dan semangatnya tetap hidup dalam perjuangan beliau.

“Hari ini… aku melangkah dengan doa seorang ibu dan dengan kekuatan yang ditinggalkan arwah ayah dalam jiwaku.

“Kerana setiap langkahku, dengan restumu mak… dan dengan semangat yang ayah tinggalkan,” tambahnya yang juga Yang Dipertua PAS Lahad Datu.

Pada Selasa lalu, beliau diumumkan sebagai calon (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.63 Kunak.

Beliau merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Falah, Kunak sejak 2019 pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Kunak bagi sesi 2020-2023.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sementara tarikh pengundian pada 29 November. – HARAKAHDAILY 15/11/2025

- Advertisement -