PN mesra untuk semua, santuni semua – Dr Aliakbar

Datuk Dr Aliakbar Gulasan
- Advertisement -

SEPANGGAR: Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, pendekatan mesra untuk semua lapisan masyarakat menjadi kunci utama kekuatan PN di Karambunai tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang politik.

- Advertisement -

“Biarpun di rumah dia tergantung bendera-bendera yang menjadi parti lawan Perikatan Nasional, mesra untuk semua, santuni semua.

“Sebab dalam pilihan raya yang lepas terbukti Karambunai ini Yang Berhormat yang menang pada waktu itu hanya menang dengan majoriti 16 undi sahaja,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Hari Keluarga Mega PN Karambunai, di Padang Taman Sepanggar, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Hadir sama ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS, N. Balasubramaniam Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha PAS negeri, Sahar Abdul Majid.

Menurutnya, dalam pilihan raya yang lalu, kerusi DUN Karambunai dimenangi dengan majoriti tipis 16 undi, sekali gus membuktikan bahawa setiap usaha jentera amat penting dalam menentukan kemenangan.

“Saya yakin kalau kita bawa pendekatan itu, semua jentera yang menjadi asas gerakan kita di Karambunai ini banyak berbicara mengenai masa depan Sabah, berbicara mengenai ke mana kita mahu pergi selepas daripada ini.

“Perikatan Nasional kali ini mencipta sejarah, buat pertama kalinya meletakkan panji di bumi Karambunai, asalkan kita bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan Sabah,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah.

Beliau juga menyeru jentera PN membawa mesej perubahan dan masa depan baharu untuk Sabah selepas rakyat mencuba pelbagai lambang parti sebelum ini namun masih belum menikmati perubahan yang diharapkan. – HARAKAHDAILY 1/11/2025

- Advertisement -