Ringankan beban 135 pelajar untuk ‘Back To School’

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Setiap kali menjelangnya sesi persekolahan tahun baharu, para pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dirai dengan bantuan serta sumbangan pakaian mahupun peralatan sekolah.

- Advertisement -

Seramai 135 pelajar dari sekitar DUN Pengkalan Kundor menerima baucer bernilai RM100 setiap seorang untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah di pasar raya yang ditetapkan pada program ‘Back to School’.

Majlis serahan yang diadakan di sebuah pasar raya di sini, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Mardhiyyah Johari.

Sebahagian besar sumbangan itu ditaja oleh Kynatec Land Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), manakala selebihnya dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN berkenaan.

Mardhiyyah dalam ucapannya, mengharapkan ibu bapa menitik beratkan pendidikan kepada anak-anak untuk meraih kejayaan pada masa depan.

Katanya, pendidikan sangat penting, bukan sahaja untuk diri anak-anak itu sendiri, sebaliknya mampu merubah nasib keluarga agar lebih baik pada masa akan datang.

“Saya yakin para penerima sumbangan ‘Back To School’ hari ini adalah dari kalangan pelajar yang cerdik dan pintar. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PKNK dan anak syarikatnya, Kynatec Land Sdn Bhd yang sudi membantu menjayakan program tersebut.

Majlis itu turut dihadiri, Pengurus Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaann PKNK, Syed Muhammad Ezwar Syed Zain dan Pengurus Besar, Kynetic Land Sdn Bhd, Ir Wan Mohamad Hilmi Wan Mahmud.

Selain juga dihadiri, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Suhaimi Abdullah dan Timbalan Pengarah Nisa Kedah, Wan Suhaila Megat Hassan.

Turut bersama, pengurus pasar raya berkenaan, Muhammad Waliyudin. – HARAKAHDAILY 7/2/2025

- Advertisement -