Nyata hasrat bina muzium di Madinah al-Salam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan mengadakan lawatan rasmi bagi mewakili kerajaan negeri ke Jabatan Muzium Negara di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Zamakhshari Muhammad berkata, pihaknya turut mengadakan perbincangan beberapa perkara termasuk hasrat negeri membina Kompleks Muzium di Madinah al Salam terletak Bandar Baharu Tunjong di sini.

Selain itu beliau berkata, antara komponen yang akan dibangunkan berkonsepkan Bandar Islamik iaitu seperti Kompleks Masjid, Kompleks Sukan Renang, ‘Quranic Garden’ dan sebagainya.

“Hari ini saya mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Muzium Negara untuk berbincang beberapa perkara mengenai Muzium Negeri Kelantan dan juga ruang kerjasama yang boleh dijalinkan.

“Dalam mesyuarat ini juga telah dibincangkan mengenai pembinaan Kompleks Muzium Kelantan yang baharu dicadangkan dibangunkan di Madinah As-Salam,” katanya dalam laman sosial _Facebook_ Isnin.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Ustaz Azhar Salleh dan Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Ahmad Shargowi.

Kerajaan negeri sebelum ini menerusi mantan Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah al Salah di Mukim Tiong pada Mac 2022.

Pembinaan bandar baru pintar yang terancang dan tersusun itu bernilai RM80 juta dijangka menjadi pemangkin utama perkembangan hidup rakyat selain merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Projek seluas 116 ekar atau 6.47 hektar itu merupakan satu projek berimpak tinggi bagi kerajaan negeri sekali gus merealisasikan matlamat dalam pelan strategik bagi tempoh 2016 sehingga 2025.

Malah projek tersebut bakal menarik pelaburan yang berpotensi tinggi meneusi sektor pekhidmatan, peniagaan, eko-pelancongan dan sebagainya yang memberi manfaat negeri dan rakyat. – HARAKAHDAILY 17/1/2025

- Advertisement -