KIAS laksana misi bantuan banjir di lokasi terjejas

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) turut melaksanakan misi bantuan banjir di lokasi yang terjejas.

- Advertisement -

Misi tersebut dilaksana sejak 2015 melalui sebuah jawatankuasa dipengerusikan Rektor KIAS.

Rektor KIAS Prof Dr Mazlan Ibrahim berkata, misi bantuan banjir tersebut dikenali KIAS-Khidmat turut disokong Pengerusi KIAS Insani Sdn Bhd, Dato’ Dr Mohd Yakub.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Induk KIAS-Khidmat mendapat sokongan dan dukungan penuh penuh pentadbiran KIAS bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

“Inisiatif ini merupakan salah satu usaha murni KIAS dalam usaha membantu komuniti yang terjejas oleh bencana banjir.

“Dan ia juga secara tidak langsung memperkukuhkan semangat kesukarelaan serta mewujudkan kebersamaan masyarakat setempat,” katanya di sini.

Sebelum itu beliau mempengerusikan mesyuarat KIAS-Khidmat. Turut hadir Timbalan Rektor, Dr Nurul Akma Binti Mohamed; Timbalan Rektor, Dr. Tuan Sapuan Tuan Ismail dan Pendaftar KIAS, Mohd Hazmie Yusof.

Dr Mazlan juga berkata, pihaknya mengumpul dana dan menyelaras bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Malah kata beliau KIAS memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi itu yang terlibat dengan banjir. – HARAKAHDAILY 3/12/2024

- Advertisement -