Malaysia pendaki ketiga terbanyak ranking Dunia FIFA 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia dinobatkan sebagai antara tiga pasukan pendaki terbanyak dalam ranking Dunia FIFA berbanding tahun 2022 yang diumumkan pada Khamis –  naik 15 anak tangga ke kedudukan 130 dengan 56.27 mata.

Pendaki kedua terbanyak kali ini ialah Moldova yang naik 19 anak tangga ke kedudukan 155 dalam senarai tersebut dengan 63.72 mata.

Sementara, walaupun kedudukan Panama kekal tidak berubah pada bulan Dis ini (ke-41, naik 83.92 mata), Los Canaleros boleh berbangga kerana telah membuat lonjakan terbesar pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga sepanjang tahun 2023, lapor m.allfootballapp.

- Advertisement -

Dalam pada itu, setahun selepas merasai kejayaan di Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Argentina  mengekalkan kedudukannya di tempat pertama ranking berkenaan. 

Perancis dan England mengisi kedudukan ‘Top 3’ masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga menamatkan podium akhir tahun dan tiada pergerakan ketara dalam 13 pasukan teratas.

Mengisi kedudukan ‘Top 10’ ranking berkenaan masing-masing di tempat keempat hingga sepuluh ialah Belgium, Brazil, Belanda, Portugal, Sepanyol, Itali dan Croatia.

Jepun pula menjadi pasukan bola sepak terbaik Asia, mengekalkan tempat ke-17.

Kedudukan ranking pasukan bola sepak Dunia Lelaki FIFA seterusnya akan diumumkan menjelang 15 Feb 2024.  HARAKAHDAILY 21/12/2023

- Advertisement -