Pengeluaran padi pada skala besar: Bersediakah kerajaan?

Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Hussin Ismail menyambut baik hasrat kerajaan untuk meningkatkan peruntukan subsidi kepada penanaman padi bukit atau padi huma daripada RM40 juta tahun 2023 kepada RM50 juta tahun hadapan.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan keterjaminan Makanan (KPKM) supaya menjadikan pengeluaran padi tersebut dibuat dalam skala yang lebih besar atau dikomersialkan.

- Advertisement -

Menurutnya, penanaman varieti padi yang dilakukan di bukit dan pendalaman itu tidak memerlukan air yang banyak seperti padi sawah, selain boleh ditanam di atas tanah biasa yang kaya zat dan bahan organik.

“Tahniah atasi peruntukan baharu padi darat atau padi huma RM50 juta, namun persoalan saya adalah apakah kerajaan bersedia untuk menjadikan padi yang merupakan tanaman tradisi sebelum ini bagi pengeluaran berskala besar.

“Dan apakah persiapan dan apa juga persediaan kerajaan dan KPKM dalam hubungan kajian dan pembangunan (R&D) sektor pertanian membabitkan penanaman padi jenis ini?” katanya di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Menjawab soalan itu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, penambahan peruntukkan itu merupakan satu usaha kerajaan untuk memajukan lagi tanaman padi huma di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa  hasrat tersebut merupakan komitmen kerajaan hari ini untuk memperkasakan pengeluaran Beras Putih Tempatan (BPT) sekaligus menangani gangguan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan belum bersediaa untuk melaksanakan pengeluaran besar-besarnya kerana penanaman padi tersebut hanya dibuat  oleh penduduk tempatan terutamanya di Sabah, Sarawak dan penduduk pedalaman.

“Dari segi kajian, kita selalu berinteraksi sama pelbagai pihak, dimana mereka telah menghasilkan satu laporan untuk membincangkan potensi perkembangan padi huma yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

“Kalau kita nak majukan lagi penanaman padi jenis ini kepada satu industri yang komersial, banyak perubahan perlu dilakukan khususnya membabitkan perundangan seperti Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan sebagainya,” katanya.  HARAKAHDAILY 12/12/2023

- Advertisement -