
KUALA LUMPUR: Isu pengambil alihan tanah Orang Asli di Sarawak oleh pihak kerajaan meraih perhatian Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau sehubungan itu memuji apa yang diutarakan oleh Senator Datuk Ajis Sitin di Dewan Negara, di sini, hari ini, sebagai soalan terbaik mengenai isu tersebut.
Menurut beliau, kerajaan perlu menyediakan pampasan yang setimpal kepada kaum Orang Asli dari segi nilai pemilikan tanahnya dan bukan hanya sekadar melalui penanaman yang ada di kawasan sekitarnya.
“Jika pampasan tersebut hanya berdasarkan penilaian barang yang ditanam itu bila nak mati dan itu yang menyebabkan kos (pampasan) menjadi begitu rendah,” katanya sebelum membenarkan Sesi Soal Jawab Lisan seterusnya di Dewan Negara hari ini.
Beliau juga menegur Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang supaya peka dengan pembelaan terhadap nasib orang-orang asli dalam melakukan perkara tersebut.
“Kita kalau nak bela Yang Berhormat (Datuk Rubiah Wang), jangan tunggu pihak lain kerana sendiri kena buat,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023




















