Prabowo dahului saingan calon Presiden Indonesia 2024

Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming di Sentul International Convention Center (SICC), Bogor, Jawa Barat pada 10 Dis 2023. (FOTO: Kompas)
- Advertisement -

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia yang menjadi calon Presiden, Prabowo Subianto mendahului saingan dalam pemilihan menjelang pilihan raya Presiden Februari depan, susulan beberapa tinjauan baru-baru ini menunjukkan bekas jeneral itu kini paling menonjol dengan kelebihan 20 mata.

Tinjauan terbaharu yang dikeluarkan pada hari ini, Isnin (11 Dis) oleh akhbar tempatan, Kompas, menunjukkan Prabowo dan gandingannya, Gibran Rakabuming, 36, yang juga anak lelaki Presiden, Joko Widodo (Jokowi) memperoleh 39.3 peratus undi, lapor Reuters.

Sehubungan itu, tinjauan tersebut juga meletakkan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebagai saingan rapat dengan 16.7 peratus, diikuti oleh Ganjar Pranowo (15.3 peratus).

- Advertisement -

Hasil tinjauan pendapat itu adalah yang pertama kali menunjukkan Anies mengatasi Ganjar; selain mencerminkan peningkatan trajektori yang ditunjukkan oleh tinjauan pendapat baru-baru ini.

Keputusan keputusan berkenaan diperoleh beberapa minggu selepas kempen secara rasmi dimulakan dan perdebatan Presiden pertama, yang tertumpu kepada undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia, berlangsung pada Selasa (5 Dis) lalu.


Keputusan mahkamah Perlembagaan negara pada Oktober lalu yang membuka jalan kepada Gibran yang juga anak sulung Jokowi untuk bertanding dalam pilihan raya 2024 yang mencetuskan bantahan meluas mengenai pendalaman politik dinasti dan naungan dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Tinjauan pendapat juga namun menunjukkan kritikan itu tidak menjejaskan populariti Prabowo, yang mengukir imej baharu sebagai pencinta kucing yang menggemari tarian Jawa secara spontan, terutama susulan klipnya yang tular di TikTok baru-baru ini.

Pilihan raya Presiden Indonesia berlangsung pada 14 Februari 2024; dan Jika tiada calon memperoleh majoriti, undi akan pergi ke pusingan kedua pada Jun tahun yang sama.  HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -