
GAZA/JERUSALEM: Israel dan Hamas mencapai persetujuan saat akhir pada lewat Khamis untuk melanjutkan gencatan senjata selama enam hari sekurang-kurangnya sehari lagi, bagi membolehkan perunding terus mengusahakan perjanjian menukar tawanan yang ditawan Hamas di Gaza dengan warga Palestin yang dijadikan tahanan di penjara Israel.
Gencatan senjata itu telah membenarkan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza selepas sebahagian besar wilayah pesisir pantai yang berjumlah 2.3 juta telah musnah menjadi tanah terbiar sebagai tindak balas kepada serangan maut oleh pejuang Hamas ke selatan Israel pada 7 Okt lalu.
“Memandangkan usaha pengantara untuk meneruskan proses membebaskan tebusan dan tertakluk kepada terma rangka kerja, jeda operasi akan diteruskan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan, dikeluarkan beberapa minit sebelum gencatan senjata sementara enam hari itu akan tamat.
Hamas, yang membebaskan 16 tawanan sebagai pertukaran untuk 30 tahanan Palestin pada hari Rabu, berkata dalam satu kenyataan bahawa encatan senjata akan diteruskan untuk hari ketujuh, lapor Reuters.
Ahed Tamimi antara yang dibebaskan
Aktivis Palestin terkenal Ahed Tamimi adalah antara 30 tahanan yang dibebaskan oleh Israel pada awal Khamis, di bawah gencatan senjata sementara di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan kedua-dua Israel dan Palestin.
Tentera Israel pada awal bulan ini menangkap Tamimi, 22, di Tebing Barat yang diduduki sebelum ini dianggap sebagai wira Palestin sejak dia remaja.
Dalam pada itu, syarat gencatan senjata, termasuk pemberhentian permusuhan dan kemasukan bantuan kemanusiaan, tetap sama, menurut jurucakap kementerian luar dari Qatar, yang telah menjadi pengantara utama antara pihak yang berperang, bersama Mesir dan Amerika Syarikat.
“Tidak lama dahulu, Israel telah diberikan senarai wanita dan kanak-kanak mengikut syarat perjanjian, dan oleh itu gencatan senjata akan diteruskan,” kata pejabat perdana menteri Israel dalam satu kenyataan.
Hamas sebelum ini berkata, Israel enggan menerima tujuh lagi wanita dan kanak-kanak dan mayat tiga tawanan lain sebagai pertukaran untuk melanjutkan gencatan senjata.
Warga Israel maut dibom tentera Zionis
Hamas berkata, satu keluarga tiga tawanan Israel, termasuk yang termuda, Kfir Bibas berusia 10 bulan, telah terbunuh semasa pengeboman Israel ke atas enklaf itu.
Sebelum perjanjian itu, kedua-dua Israel dan Hamas telah menyatakan mereka bersedia untuk meneruskan pertempuran.
Seramai 97 tawanan Hamas telah dibebaskan sejak permulaan gencatan senjata, menurut pengiraan Reuters, sementara tentera Israel mendakwa 145 tawanan Hamas masih kekal di Gaza.
Pada malam Rabu lalu, dua warga Rusia dan empat warga Thailand dibebaskan di luar kerangka perjanjian manakala 10 warga Israel yang dibebaskan termasuk lima warganegara dwi-warganegara – terdiri daripada dua warga Belanda, yang juga masih di bawah umur, tiga warganegara Jerman dan seorang rakyat AS. – HARAKAHDAILY 30/11/2023




















