
KUAH: Keputusan tidak rasmi setakat ini, dua kerusi di dewan Undangan Negeri (DUN) Air Hangat dan Kuah di Langkawi didahului PERIKATAN NASIONAL (PN).
- Advertisement -
Calon PN di DUN Ayer Hangat, Shamsilah Siru, mendahului tiga calon yang lain dengan 167 undi.
Sementara bagi DUN Kuah, calon PN, Amar Pared Mahamud mendahului dengan 412 undi, diikuti calon PH, Ahmad Fauzi Chik dengan 255 undi.
Calon Bebas di DUN Kuah setakat ni memperolehi undian sebanyak sembilan sementara dua calon Bebas di DUN Ayer Hangat, masing-masing 18 undi.
Dalam pada itu, calon PH di Ayer Hangat dilaporkan mendapat 94 undi.
Proses pengiraan undi diadakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini. – HARAKAHDAILY 12/8/2023




















