
KOTA BHARU: Sasaran PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk menguasai sepenuhnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hampir menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, usaha itu terbantut sedikit di kawasan majoriti ramai pengundi bukan Melayu, iaitu di DUN Kota Lama dan kaum Orang Asli di DUN Galas, Gua Musang.
Ini bermakna enam kerusi DUN yang dimenang Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas berjaya dirampas PN melalui PAS dan Bersatu.
Bagaimanapun 43 lagi DUN lain berdasar maklumat terkini mencatat jumlah majoriti yang meningkat berkali ganda.
Paling tinggi DUN Bukit Panau dengan majoriti 16,628 undi, diikuti DUN Pasir Pekan (12,811), Demit (12,585), Pasir Tumboh (12,374) dan Panchor (10,686).
Berdasar perkembangan tersebut, usaha Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berulang alik ke Kelantan ditolak majoriti pengundi Melayu.
Malah kenyatan kedua-dua pemimpin terbabit mahu merampas Kelantan ternyata tidak menjadi kenyataan.
Begitu juga isu bekalan air yang dicanang pemimpin PH dan BN dianggap tidak berkesan memandangkan rakyat mengetahui kronologi sejarah yang berlaku di mana Kelantan dinafikan peruntukan dalam tempoh begitu lama. – HARAKAHDAILY 12/8/2023




















