Anak muda jadi tonggak PN hadapi PRN 6 negeri

- Advertisement -

HARI ini saya bersama dengan mahasiswa dan anak muda dalam Himpunan Bicara Buat Mahasiswa.

- Advertisement -

Dalam ucapan, saya menerangkan tentang peranan anak muda yang sangat penting dalam dakwah dan politik sehinggakan Nabi Muhammad SAW sendiri dikelilingi secara majoriti oleh kalangan anak-anak muda ketika baginda memulakan agenda dakwah.

Perjuangan Islam merupakan sebuah perjuangan jangka masa yang panjang. Maka menjadi suatu perkara yang penting untuk menyediakan pelapis-pelapis untuk masa akan datang.

Program ini mengumpulkan mahasiswa dan anak muda daripada seluruh negara sebagai platform untuk memahami kehendak mereka dan saling bertukar pandangan.

Pilihan raya umum pada November lepas telah menyaksikan generasi muda telah membuat perubahan dengan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Insya-Allah anak muda akan menjadi tonggak kepada PERIKATAN NASIONAL bagi menghadapi Pilihan Raya 6 Negeri yang akan berlangsung. – HARAKAHDAILY 23/7/2023

[Himpunan Bicara Buat Mahasiswa, 23 Julai 2023]

- Advertisement -