Kajian tentang pelajar Islam di Austria rasis – MJO

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Vienna dalam kalangan pelajar Islam di Austria disifatkan lebih menjurus kepada berbaur rasis. (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

VIENNA: Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Vienna dalam kalangan pelajar Islam di Austria telah mendapat kritikan daripada sebuah persatuan Islam di negara itu, Muslim  Youth Austria (MJO) yang menyifatkannya sebagai rasis.

Kaji selidik berjudul, Effects of Islamic Religious Education in Austria (Kesan Pendidikan Agama Islam di Austria) itu membuat tinjauan terhadap  2,000 pelajar Islam di negara itu, namun MJO menyifatkan ia lebih menjurus kepada sifat perkauman, dan mendakwa bahawa kajian itu mempunyai struktur yang lebih cenderung untuk disediakan sebagai hasil rekaan semata-mata, lapor Anadolu Agency memetik laporan Kurier. 

- Advertisement -

Dalam kenyataannya, MJO berkata bahawa golongan muda terbabit melaporkan rasa kurang senang dan tidak faham tentang hakikat bahawa hanya pelajar Islam perlu mengambil bahagian dalam tinjauan itu, satu kenyataan daripada MJO memberitahu agensi berita Austria APA.

MJO berkata bahawa golongan muda tersebut disingkirkan daripada kelas biasa dan tertakluk kepada pengawasan luar, termasuk perlu menjawab soalan seperti ‘memualkan apabila homoseksual bercium’ dan ‘memutuskan siapa yang akan masuk neraka’.

“‘Pemandangan yang memperlihatkan orang kurang upaya (OKU) mengganggu saya’ adalah satu lagi kenyataan yang perlu dinilai pelajar Islam terbabit. 

Satu lagi yang perlu soalan berbaur sensitif yang perly mereka jawab ialah ‘apabila wanita memakai skirt-mini atau pakaian mendedahkan dalam khalayak ramai, adakah itu mereka menandakan kesediaan seksua mereka?’.

Kajian tersebut diketuai oleh profesor pendidikan agama Islam Austria-Turk, Ednan Aslan, yang telah dikritik hebat kerana apa yang dipanggil ‘peta Islam’ dan kajian tadika yang kontroversial di Austria.

MJO, bersama-sama dengan Inisiatif Pendidikan Bebas Diskriminasi (IDB) Austria dan ZARA- Keberanian sivil dan kerja anti-perkauman, menuntut penamatan serta-merta kajian tersebut.

Di samping itu, organisasi itu menuntut kenyataan daripada rektor Universiti Vienna, Sebastian Schutze dan Menteri Pendidikan Austria, Martin Polaschek. – HARAKAHDAILY 17/5/2023

- Advertisement -