Bila Chong Eng dijulang di Dewan Merdeka

- Advertisement -

CHONG Eng ini dulu pernah mendakwa bahawa sebagaimana kaum Cina dan India, orang-orang Melayu juga kaum pendatang.

Satu penghinaan terhadap istilah Tanah Melayu yang pernah kita guna untuk mentakrifkan tanah air bertuah ini.

Itu dulu, hari ini Chong Eng dan partinya dengan bangga melangkah masuk ke Bangunan Umno di WTC dan mendakwa Umno dulu lawan hari ini kawan.

Inikah perpaduan ummah yang Presiden Umno mahu dan cari-cari? 

Menolak dan memandang jijik tangan-tangan umat Melayu yang hari ini diwakili PAS dan BERSATU melalui PN.

Mulai hari ini sehari selepas tanggal bersejarah 13 Mei, terbukti perjuangan memartabatkan nasib dan masa depan umat Melayu Islam tidak lagi digalas Umno.

Tetapi dilepaskan kerana DAP, PKR, PAN lebih mulia dan utama di mata Presiden Umno dari 74 kerusi Melayu atau Bumiputera yang diwakili PN.

Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ 

Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.

Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi mereka yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.

Terbang merbah kesarang kedidi,
Terbang kedidi ke tanah rata,
Tergadai maruah kerana budi,
Tergadai budi kerana harta.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -