Pastikan kemenangan mantap dan bergaya di Kedah

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah baru selesai mengadakan Himpunan Jentera Pilihan Raya peringkat Negeri kelmarin. Kehadiran lebih 40,000 petugas pilihan raya parti-parti komponen PN menyerlahkan komitmen tinggi para petugas bagi memastikan Kedah dapat dipertahankan oleh PN dalam PRN nanti.

Bagi pihak Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan himpunan. Juga kepada para pemimpin utama parti-parti komponen PN yang hadir membakar semangat para petugas parti.

Saya menyeru supaya semua petugas mengekalkan semangat tinggi sehingga ke hari mengundi. Masa yang berbaki sangatlah singkat berbanding banyak kerja yang perlu disempurnakan. 

Sekalipun, berdasarkan fenomena gelombang kebangkitan rakyat khususnya anak-anak muda yang kuat menyokong PN, hasrat untuk mengekalkan kerajaan tampak mudah namun kita tidak harus pandang enteng sebaliknya mestilah berwaspada (hazar) kerana pihak lawan akan melakukan apa sahaja taktik kotor bagi menghadapi kita. Para petugas hendaklah kekal berdisiplin dan mematuhi arahan.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengekalkan kerajaan dengan mandat yang lebih besar dan kukuh. Selamat bertugas.

MOHAMAD HILMI ABDUL WAHAB
Pengarah
Jentera Pilihan Raya PAS 
Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -