Memacu perubahan di Pulau Pinang (Siri 1)

- Advertisement -

KEPUTUSAN PRU15 Parlimen baru-baru ini menunjukkan sokongan Melayu atau Islam kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pulau Pinang sangat baik (lihat rajah).

Secara purata, undi Melayu atau Islam kepada gabungan yg bertanding  adalah seperti berikut:

PN – 55 peratus.
BN – 28 peratus.
PH – 15 peratus.

Di peringkat Parlimen, sokongan undi Melayu kepada PN dapat dilihat dengan lebih jelas seperti: 

64 peratus – Bukit Mertajam.
63 peratus – Bagan.
61 peratus – Nibong Tebal.
57 peratus – Tasek Gelugor.
56 peratus – Permatang Pauh.
53 peratus – Balik Pulau.
49 peratus – Kepala Batas.

Ini bermakna PN khasnya PAS kini telah menjadi parti tonggak yang mewakili suara orang-orang Melayu atau Islam buat pertama kali dalam sejarah negeri ini.

Dari sudut politik, Pulau Pinang unik dari negeri-negeri lain kerana bilangan pengundi-pengundi bukan-Melayu lebih tinggi dari pengundi-pengundi Melayu.

Ini menyebabkan terdapat hanya 15 kerusi DUN majoriti Melayu berbanding 40 (jumlah keseluruhannya).

Justeru kesepakatan orang-orang Melayu atau Islam adalah sangat penting bagi memastikan suara pembangkang yang kuat dalam membela nasib dan masa depan mereka di negeri yang diperintah oleh Kerajaan DAP atau PH ini.

Dalam waktu yang sama, PAS dan PN akan terus mengadakan hubungan dengan rakan-rakan kaum Cina dan India dari pelbagai medium bagi meningkatkan kefahaman dan kerjasama kedua-dua pihak.

PRU15 DUN Pulau Pinang dijangka sekitar Julai tahun ini. PAS dan PN akur dengan isyarat sokongan rakyat khasnya orang-orang Melayu yang mengharapkan penguasaan DAP atau PH dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi dominan!

BUKHORI GHAZALI – HARAKAHDAILY 25/2/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100026186676110/posts/pfbid0hBef5D49ngQKbwGZarf4L1iGukaxWtJcBbNPnaU8H9pYeTZiL9QLYcnj8QYtHTBZl/?mibextid=Nif5oz 

- Advertisement -
- Advertisement -