10 cedera kena tembakan ketika rakaman video muzik penyanyi rap

Sekurang-kurangnya 10 individu cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran Miami Gardens, Miami, Florida pada malam 5 Jan 2023. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

MIAMI: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam kejadian tembakan selepas berlaku pertengkaran di luar sebuah restoran di selatan Florida ketika rakaman penggambaran video muzik penyanyi rap, French Montana dan Rob49.

- Advertisement -

Pihak polis tempatan dalam kenyataannya berkata, tidak jelas berapa ramai orang yang terkena tembakan dalam kejadian pada malam Khamis (5 Jan) waktu tempatan itu, tetapi Miami Herald memetik sumber penguatkuasaan undang-undang mengatakan seramai 10 orang cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Miami Gardens itu.

Ketua Polis Miami Gardens, Delma Nole-Pratt berkaya penyiasat sedang meneliti laporan bahawa video muzik French Montana dan Rob49 sedang dirakam di restoran tersebut.

“Kami percaya ia adalah insiden terpencil,” ujar Noel-Pratt.

Sementara, jurucakap polis Miami Gardens, Diana Gourgue memberitahu pemberita bahawa dia tidak dapat mengesahkan laporan bahawa seramai 10 orang telah cedera, dengan hanya mengatakan: “Sekarang ini, apa yang boleh dinyatakan adalah hanya beberapa mangsa mengalami  kecederaan.”

Beliau berkata keadaan mangsa yang cedera tidak diketahui, tetapi tidak ada sebarang kematian setakat ini.

“Ramai orang sedang berkumpul di luar restoran pada masa tembakan itu berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2022

- Advertisement -