Kontroversi pembedahan tukar jantina seawal usia 12 tahun di Colorado

Perdebatan hangat tercetus antara Michael Cloud (gambar kecil) dan Jessie Pocock berkisar isu pembedahan tukar jantina seawal usia 12 tahun tanpa kebenaran ibu bapa kanak-kanak terbabit. (FOTO: ABDPost)
- Advertisement -

COLORADO SPRINGS: Seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) radikal dari Colorado memberitahu Kongres Amerika Syarikat bahawa dia mengakui telah membantu kanak-kanak berusia 13 tahun melakukan pembedahan menukar jantina tanpa kebenaran ibu bapa kanak-kanak terbabit.

- Advertisement -

Bercakap di hadapan Jawatankuasa Pemantauan dan Pembaharuan Dewan AS pada Khamis (15 Dis), Jessie Pocock berkata dia percaya kanak-kanak seawal usia 12 tahun sudah boleh mula menjalani rawatan hormon dan pembedahan untuk menukar jantina walaupun tanpa kebenaran ibu bapa mereka, lapor Mail Online.

“’Dalam komuniti kami, had umur persetujuan untuk terapi kesihatan mental adalah pada usia 12 tahun,” ujar Pocock yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Organisasi Advokasi Perkhidmatan Belia Inside Out, sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan wakil daripada parti Republikan dari Texas, Michael Cloud.

Pocock kemudian menafikan bahawa terdapat kes kanak-kanak yang menukar jantina mereka pada usia muda tetapi menyesali pilihan yang dibuat mereka itu di kemudian hari dan cuba untuk kembali normal. 

Kenyataan ‘berani mati’ Pocock itu dibuat di tengah-tengah perbicaraan berterusan mengenai peningkatan keganasan terhadap golongan LGBT di AS berikutan serangan tembakan rambang di sebuah kelab gay di Colorado Springs bulan lepas yang menyebabkan lima terbunuh dan 25 yang lain cedera.

Pocock berkata semasa perbicaraan tersebut bahawa organisasinya di Colorado Springs berusaha untuk memastikan bahawa kanak-kanak transgender berasa ‘selamat dan dilindungi’.

“Kami sentiasa memfailkan laporan penderaan dan pengabaian terhadap golongan transgender di Colorado,” dakwa Pocock sebelum Cloud memotong hujahnya itu.

Hak ibu bapa terhadap anak

Dalam hujahnya, Cloud menegaskan bahawa sekolah dan gereja bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk melaporkan kes penderaan terhadap golongan transgender sebelum dia kemudian bertanya kepada Pocock sama tentang persoalan adakah ibu bapa mempunyai hak untuk mengetahui tentang perancangan anak mereka untuk menukar jantina.

“Adakah ibu bapa mempunyai hak? Patutkah mereka dimaklumkan tentang apa yang berlaku?” ‘Adakah mereka mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak mereka?” soalnya.

Pocock kemudian menjawab bahawa pertubuhan di bawah kendaliannya melindungi dan menyokong orang muda berada di Colorado Springs dan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap perkara yang mereka hadapi.

“Dari segi hak ibu bapa untuk mengetahui apa yang berlaku di sekolah, maksud saya di Colorado, ibu bapa tidak mempunyai hak (terhadap anak-anak mereka!” tegas Pocock.

“Jika seorang anak muda mempersoalkan jantina  atau seksualiti mereka, ada undang-undang yang mengatakan mereka mempunyai hak untuk memprosesnya dengan bantuan kaunselor yang dipercayai mereka dan sebagainya,” tambahnya.

Apabila Cloud terus menolak hujah Pocock itu dengan berkata bahawa terdapat  banyak laporan individu yang berusaha untuk memterbalikkan pembedahan dan rawatan hormon yang mereka terima pada usia muda, Cloud menafikan bahawa ia ‘’perkara sebenar’.

“Saya tidak boleh bercakap berdasarkan pengalaman peribadi individu. Anda tahu, jantina seseorang adalah pengalaman yang sangat peribadi.

“Tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa  saya telah lama dalam kerjaya ini. Saya mengenali ramai individu  transgender, termasuk ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah pula saya mendengar tentang kes sesiapa yang menyesali pilihannya yang telah menukar jangtiba, jadi sejujurnya saya tidak fikir ia adalah perkara sebenar,” jelas Pocock.

Cloud kemudian menolak penjelasan Pocock itu dengan berkata bahaswa terdapat beberapa kes dalam yang menjadi tajuk berita tentang individu yang telah menjalani penukaran jantina ingin kembali normal. 

“Kebimbangan yang ada pada golongan ibu bapa hari ini ialah kita semua mengalami era remaja yang janggal, yang mana kita telah mempersoalkan perkara dan kewujudan diri secara individu, dan banyak lagi perkara berbangkit. 

“Persoalannya ialah anak-anak kita yang mungkin telah membuat keputusan yang tidak lagi boleh diubah walaupun tanpa input ibu bapa mereka,” hujahnya.

Cloud menegaskan bahawa terdapat banyak kes individu yang bercakap tentang bagaimana mereka tidak boleh mempunyai anak lagi dan sebaliknya berharap agar boleh melahirkan anak tetapi ia terhalang disebabkan mereka sudah menukar jantina pada usia muda.

“Jadi, saya ingin tahu bagaimana kami akan berusaha untuk melindungi kanak-kanak seawal usia 12 tahun daripada membuat keputusan sendiri menukar jantina tanpa input ibu bapa yang melahirkan mereka?.

“Saya harap kita mempunyai lebih banyak masa (bagi meneruskan perbincangan) kerana saya fikir ia (penukaran jantina seawal usia 12 tahun) adalah isu penting untuk diselesaikan di negara ini,…tetapi terima kasih kerana berada di sini untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu tadi,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/12/2022

- Advertisement -