PRU15: Kepentingan rakyat perlu jadi keutamaan

- Advertisement -

PENGUMUMAN tarikh pilihan raya menjadi suatu penantian yang ditunggu-tunggu. 

Pelbagai versi sudut pandang dikemukakan semua peringkat termasuk menjadi bahan perbualan di kedai-kedai kopi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga tidak terkecuali untuk mengikuti rapat perkembangan terkini berkait tarikh PRU dengan suatu penegasan agar keutamaan rakyat perlu dijadikan pertimbangan utama. 

Lebih-lebih lagi ketika negara bakal berdepan musim tengkujuh yang monsunnya beberapa tahun kebelakangan agak tidak menentu.

Justeru pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pandangan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS yang berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat (keluar mengundi) serta jentera kerajaan (menguruskan perjalanan PRU).

Sayugia bagi mereka yang mahu sangat berkuasa, fikir-fikirkan juga sengsara rakyat.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 6/10/2022

- Advertisement -
- Advertisement -