Another new milestone dalam Penerangan PAS!

- Advertisement -

SEMALAM, saya dijemput oleh Kedutaan Singapura untuk bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong dalam sesi minum petang eksklusif di Hotel Mandarin Oriental, KLCC. 

Saya ditemani dengan Tuan Wan Rohimi Wan Daud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Saudara Khidir Izaidin, Setiausaha Lajnah Antarabangsa mewakili PAS Pusat. Manakala pihak Kerajaan Singapura diwakili oleh The Honourable DPM Mr. Lawrence, High Commissioner Mr. Vanu Gopala Menon dan dua orang Pegawai Politik dari Kedutaan Singapura. 

Dalam agenda mempersada peranan PAS di peringkat antarabangsa, PAS meletakkan tiga tonggak utama iaitu;

1. Tumpuan isu dan peluang berfokus.

2. Kerjasama strategik.

3. Pendidikan politik antarabangsa.

(Petikan Ucapan Dasar Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Muktamar PAS kali ke-68)

Melalui pertemuan ini kami delegasi PAS memanfaatkan peluang ini seluas-luasnya untuk bertukar fikiran, berkongsi pengalaman serta memperjelaskan dasar PAS melalui tawaran Malaysia Sejahtera serta Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang digagaskan oleh PAS.

Sehingga kini, alhamdulillah PAS telah berjaya membuktikan kecemerlangan dasar-dasar dan polisi-polisi PAS dengan rekod sifar kes rasuah di kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah serta GLC-GLC yang diuruskan oleh tokoh-tokoh PAS.

Dasar PAS adalah Islam dan Islam adalah rahmat untuk semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India, Muslim dan bukan-Muslim. Prinsip ini jelas dan ianya sangat mudah difahami oleh semua pihak termasuk mereka yang bukan-Islam.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang dakwah merentasi sempadan negara ini. Semoga dakwah ini sampai.

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS – HARAKAHDAILY 7/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -