Liverpool kejam belasah Bournemouth 9-0

Pengurus Bournemouth, Scott Parker - REUTERS
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Pengurus Bournemouth, Scott Parker, mengakui terkejut selepas pasukannya yang baru dinaikkan pangkat mengalami kekalahan yang menyamai rekod Liga Perdana ketika Liverpool menewaskan mereka 9-0 di Anfield, Sabtu lalu.

Luis Diaz dan Roberto Firmino masing-masing menjaringkan dua gol, manakala pemain Liverpool lain turut beraksi ketika Bournemouth mengalami kekalahan ketiga berturut-turut musim ini.

- Advertisement -

Bournemouth melepaskan lebih banyak gol (16) berbanding pasukan lain dalam sejarah pertandingan bagi empat perlawanan pertama musim Liga Perdana.

“Tidak perlu dikatakan ia adalah pengalaman yang memalukan. Saya terkejut,” kata Parker yang pasukannya kembali ke Liga Perdana selepas dua tahun tersingkir dari liga itu.

“Saya sedar tahap permainan di sini jauh lebih hebat daripada yang kita ada. Saya tidak mencipta alasan, beberapa gol yang mereka jaringkan kerana kesilapan kita sendiri. Saya kasihan kepada penyokong. Saya kasihan kepada pemain kerana kita tidak bersedia menghadapinya,” katanya.

Parker berkata, Liverpool “kejam” dan pemain Bournemouth terpaksa “mencari oksigen” pada waktu tertentu perlawanan.

“Ini adalah hari yang paling sukar sebagai pemain dan pastinya sebagai jurulatih. Keputusan itu agak menyakitkan dan saya dapat rasakan ia juga menyakitkan pemain. Mereka memerlukan bantuan,” katanya

Bournemouth yang berada di tempat ke-16 akan berdepan Wolverhampton Wanderers Rabu ini.

- Advertisement -