‘Kenapa orang itu tembak mami’

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

PASIR MAS:
“Kenapa orang itu tembak mami,” soal Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10, anak kepada mangsa yang ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam.

Sebaik melihat jasad kaku seorang ibu di sebalik tingkap kereta, Mustaqim diam dan terpaku malah tidak memanggil ibunya dan seolah-olah memahami keadaan yang berlaku kepada ibunya ketika itu.

Mustaqim yang merupakan anak sulong mangsa yang ditembak. Dua adiknya iaitu Nur Felissa Edriana, 5, dan Mohamad Putra Faliq, 3, turut menceritakan kali terakhir beliau bertemu ibunyanya itu pada Jumaat malam sebelum ibunya keluar.

- Advertisement -

Malah, sebelum kejadian kejam itu berlaku beliau juga sempat meminta ibunya membeli nasi goreng sebelum pulang tetapi hasratnya itu tidak kesampaian apabila ibunya tidak pulang ke rumah.

“Dan pada keesokan hari selepas kami dapat tahu, saya ikut sekali pergi ke tempat kejadian, dan saya nampak mami berada dalam kereta. Waktu itu ingatkan mami tidur rupanya dia sudah pergi selamanya,” katanya ditemui ketika pengebumian ibunya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, di sini, hari ini.

Selain itu, ibu mangsa Siti Hajar Said, 47, turut terkejut bahkan tidak pernah meyangka keadaan sedemikian terjadi kepada anak sulongnya itu.

Sebagai seorang ibu katanya, beliau terpaksa reda dengan apa yang berlaku ke atas anaknya itu.

Namun, beliau berharap polis siasat pembunuh anaknya itu segera dan diharapkan mendapat tindakan yang adil di atas kekejaman yang dilakukan.

Jenazah Allahyarham Farrah Emirah Mazlan tselamat dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, di sini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita hamil tujuh bulan, Farrah Emirah Mazlan, 26, maut ditembak di perut pada Sabtu merupakan ibu tunggal tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun.

Malah, sejak berpisah dengan suami pada Februari lalu ketiga-tiga anak mereka dijaga oleh Farrah Emirah. – HARAKAHDAILY 5/6/2022

- Advertisement -