Pengurusan TH lakar kejayaan demi kejayaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kejayaan demi kejayaan yang terlakar di dalam pengurusan Tabung Haji (TH).

Bagi beliau, Majlis Pelancaran Hijrah24 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam penting dan mengujakan.

Menurutnya, majlis yang cukup penting dan begitu mengujakan bagi TH sebagai salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelusuri perjalanan strategik organisasi ini dari tahun 2022 sehingga 2024.

- Advertisement -

Katanya, kejayaan demi kejayaan yang terlakar di dalam pengurusan TH dengan perkembangan yang telah diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar dengan jumlah pendeposit yang paling tinggi dengan jumlah RM86.5 billion sehingga laporan kewangan Mac 2022.

Di samping itu, ujarnya pelbagai agenda telah ditransformasi dari masa ke masa bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada aset umat Islam terbesar di Malaysia yang diuruskan oleh TH.

“Menggariskan lima teras utama dan 24 insiatif bagi merealisasikan daripada keseluruhan aspek perjalanan pengoperasian TH, ia menjadi sasaran besar TH menjadi sebuah organisasi yang terunggul dengan kecemerlangan berterusan dan menjaga amanah lebih 8.4 juta pendeposit,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga TH yang berusaha keras siang dan malam, melalui saat sukar dan senang bersama bagi memastikan amanah yang dipikul digalas dengan kemas.

“Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Mulia dalam memandu hati-hati kita semua menjayakan agenda yang cukup murni bagi memastikan ibadah Rukun Islam kelima ini dapat disempurnakan dengan baik dan diterima oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu dan berbuka puasa bersama warga TH turut meraikan 30 anak yatim dari Darul Kifayah, Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 21/4/2022

- Advertisement -