Jumlah sumbangan amal Ramadan di Maghribi merosot

Persatuan amal yang digerakkan Ahmed Ghayet (kiri), Marocains Pluriels telah melancarkan operasi khas Ramadan untuk mengedarkan bakul makanan di bandar Casablanca, Oujda, Rabat, Mohammedia, Fez, Marrakesh, Essaouira, dan Agadir. (FOTO Arab News)
- Advertisement -

CASABLANCA: Ramadan di Maghribi secara tradisinya merupakan masa untuk meningkatkan tindakan bantuan dan kebaikan terhadap golongan yang memerlukan. Pengagihan bakul makanan, pakaian, wang, makanan, dan penganjuran majlis berbuka puasa biasanya melimpah ruah setiap kali menjelang Ramadan.

Sementara banyak inisiatif sedang dijalankan di negara itu, pada Ramadan kalu  ini badan amal  tempatan bagaimanapun telah melaporkan kemerosotan dalam jumlah sumbangan orang ramai.

- Advertisement -

Aktivis amal, Ahmed Ghayet berkata, pihaknya telah melihat penurunan ketara dalam kutipan derma. 

“Krisis pandemik Covid-19, kesan ekonominya, dan kos sara hidup yang tinggi telah memberi kesan kepada tindakan amal yang dimulakan semasa Ramadan. 

Di samping itu, kami mempunyai banyak lagi permintaan daripada golongan  yang hidup dalam keadaan tidak menentu dan yang telah kehilangan pekerjaan,” ujarnya.

Persatuan amal yang digerakkan Ghayet, Marocains Pluriels, sebelum ini telah melancarkan operasi khas Ramadan untuk mengedarkan bakul makanan di bandar Casablanca, Oujda, Rabat, Mohammedia, Fez, Marrakesh, Essaouira, dan Agadir.

Dua belas kumpulan amal lain telah bekerjasama dalam projek itu, kini dalam edisi ketiganya, bagi  mengedarkan bungkusan yang mengandungi barangan seperti tepung, minyak, gula, kacang lentil, kacang ayam, kurma dan susu.

“Kami mengutamakan sumbangan dalam bentuk barangan, dalam bentuk  makanan ruji. Tetapi penderma juga boleh menyumbang sehingga 200 dirham Maghribi (RM75.80), yang mewakili harga sebakul makanan. 

“Makanan itu ditinggalkan di hadapan pintu penerima untuk menjaga maruah mereka, kerana kebanyakan penerima tidak memintanya. Anda tahu, orang Maghribi layak dan ramai yang enggan meminta bantuan,” kata Ghayet.

Raja Maghribi Mohammed VI baru-baru ini telah melancarkan inisiatif Ramadan 1443 di Rabat, yang merupakan sebuah program kebangsaan yang dijalankan sejak  tahun 1998 oleh Yayasan Solidariti Mohammed V. (FOTO middle-east-online)

Menurutnya lagi, secara keseluruhan, rakyat Maghribi, walau apa pun kepercayaan mereka, saling membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang paling terdedah kepada kesulitan dari segi ekonomi, terutamanya dalam tempoh ini  apabila keadaan tidak menentu semakin dirasai.

Sehubungan itu, semangat gotong-royong Ramadan digerakkan  oleh pihak tertinggi negara Afrika utara itu. 

Raja Maghribi Mohammed VI baru-baru ini melancarkan inisiatif Ramadan 1443 di Rabat, yang merupakan sebuah program kebangsaan yang dijalankan sejak  tahun 1998 oleh Yayasan Solidariti Mohammed V.

Dengan bajet 103 juta dirham, Ramadan 1443 tahun ini akan melibatkan pemberian bungkusan makanan kepada sekitar tiga juta penduduk (kira-kira 600,000 isi rumah) yang tinggal di 83 wilayah dan wilayah negara, 77 peratus daripadanya diluar bandar.

Sejak dilancarkan, operasi sokongan makanan negara telah membelanjakan lebih 1.5 bilion dirham untuk menyediakan bantuan untuk setiap isi keluarga.

Sokongan juga datang dari negara lain, dengan Arab Saudi, UAE dan Qatar antara negara yang menawarkan sokongan kewangan dan makanan kepada ribuan rakyat Maghribi dan badan-badan amal di negara itu.

“Walaupun berlaku pengurangan sumbangan amal pada tahun ini, Ramadan sekali lagi menyaksikan perpaduan, perkongsian dan gotong-royong dalam kalangan rakyat Maghribi dalam tempoh sukar ini,” ujar Ghayet. – Arab News

- Advertisement -