Sudah lama tunggu calon Muslim di Dun Jementah

- Advertisement -

Oleh NURUL HAZIMAH & ANNA TAN

SEGAMAT:
Rata-rata penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jementah ketika ditemui memberitahu mereka akan memanfaatkan peluang kehadiran calon Melayu pada Sabtu ini.

Seorang penduduk tempatan Mad Sarih Puteh berkata, beliau bersedia mengundi pada 12 Mac ini dengan menyokong calon beragama Islam.

Katanya, penduduk di kawasan berkenaan yang majoriti beragama Islam sudah lama mengimpikan wakil rakyat dalam kelompok mereka.

- Advertisement -

“Saya melihat calon PN sahaja yang beragama Islam. Lagi pun PN sehingga sekarang mempunyai rekod bersih dan mampu menerajui kerajaan Johor,” katanya ketika ditemui.

PN mencalonkan Maimunah Safwah Musah atau Cikgu Muna daripada PAS bertanding di Dun Jementah. Pada Pilihan Raya Negeri tersebut Muna akan berdepan See Ann Giap (MCA) dan Ng Kor Sim (DAP).

Dun Jementah mempunyai komposisi pengundi Melayu sebanyak 40.28 peratus.

Mad Sarih juga berkata, rata-rata penduduk di Dun berkenaan mahu perubahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya berharap dengan baki sehari lagi kempen, Cikgu Muna terus turun padang bertemu dengan penduduk bagi menarik sokongan mereka,” katanya.

Menurutnya juga penduduk berharap Lubuk Pandan, Batu 10 dinaik taraf di dengan kemudahan jalan lebih sempurna, parit dan pembentung supaya masalah banjir dapat diatasi.

Oleh itu beliau meletak harapan tinggi kepada calon PN bagi membawa perubahan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah, Isaac Wong Kah Kiat pula berkata, terdapat kecederungan dalam kalangan kaum Tionghoa turut memberi sokongan kepada calon PN.

“Saya merayu penduduk Jementah memberi undi kepada Cikgu Muna bagi membolehkan masa depan mereka lebih terjamin,” katanya pada ceramah Perikatan Nasional di perkarangan Bilik Gerakan, PDM Jementah semalam.

Adun Sabah, Dr Aliakbar Gulasan pula menjangka gabungan parti-parti Perikatan Nasional mempunyai peluang cerah memenangi PRN Johor Sabtu ini.

Turut hadir pada program tersebut Cikgu Muna, Ahli Parlimen Segamat Dato’ Seri Dr Santhara Kumar dan pembantu khas calon Syed Amir Muzakkir. – HARAKAHDAILY 11/3/2022

- Advertisement -