Belanjawan 2022: Rangka pemulihan ekonomi

- Advertisement -

BELANJAWAN 2022 yang membawa tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera melambangkan suatu gagasan bersatu padu kepada rakyat Malaysia mendepani fasa pemulihan pasca pemulihan. 

Frasa Makmur Sejahtera pula memberikan mesej bahawa Belanjawan kali ini dicorak ke arah kemakmuran dan kesejahteraan bersama, bangkit daripada himpitan pandemik untuk dua tahun sebelumnya. 

- Advertisement -

Negara baru sahaja menapak keluar dari situasi yang kritikal dan mencabar. Kerajaan masih mengekalkan perbelanjaan yang besar meskipun dengan kadar yang lebih rendah berbanding belanjawan sebelumnya. 

Apa yang perlu diperhatikan adalah beberapa inisiatif penting bagi mengurangkan kadar pengangguran dan peningkatan kuasa beli rakyat bagi menyokong permintaan domestik. Selain itu, faktor yang boleh mendorong kesan pengganda (multiplier effect) kepada ekonomi juga wajar dititikberatkan. 

Saya tertarik dengan peruntukan khusus RM20 juta kepada setiap negeri bagi pembangunan ekonomi selain RM690 juta bagi pembangunan 5 koridor wilayah berupaya menjadi pemangkin kepada hasrat keseimbangan wilayah yang disasarkan dalam RMKe-12.

Insya-Allah saya akan jelaskan dengan lebih lanjut dalam perbahasan saya kelak. Tumpuan saya adalah kepada pembangunan wilayah yang seimbang serta tidak dilupakan pembangunan khusus kepada rakyat Kelantan yang saya kasihi. 

Sekian, terima kasih.

Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB DATO’ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat – HARAKAHDAILY 30/10/2021

- Advertisement -