Khutbah Aidilfitri 1445H

- Advertisement -

Khutbah Pertama

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

- Advertisement -

الحمد لله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شئ قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على نبينا وحبيبنا وقدوتنا محمد، الرحمة المهداة، وعلى آله وصحبه ومن والاه. أما بعد

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدٗا ٧٠ يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَٰلَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيمًا ٧١
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan berkatalah dengan kata-kata yang betul. Nescaya Allah membetulkan amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia mendapat kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzab: 70-71)

Kita menyambut hari raya setelah berjaya dalam ibadat puasa Ramadan yang menjadi rukun Islam, bersama sifat taqwa dalam diri masing-masing. Mentaati Allah dan Rasul-Nya serta berjaya mengalahkan hawa nafsu yang jahat. Seterusnya, menyambung perjuangan menegakkan Islam dengan sempurna dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara, mengikut perintah Allah melalui firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨ فَإِن زَلَلۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡكُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ٢٠٩ هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأۡتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِي ظُلَلٖ مِّنَ ٱلۡغَمَامِ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَقُضِيَ ٱلۡأَمۡرُۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ ٢١٠
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama Islam semuanya, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu. Maka, jika kamu tergelincir setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang nyata, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. Adakah kamu menunggu apabila tibanya (azab) Allah di bawah naungan awan diiringi bersama para malaikat lalu dijatuhkan hukuman balasan dalam keadaan semua urusan kamu dibicarakan?” (Surah al-Baqarah: 208-210)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Marilah kita menyambut hari raya pada tahun ini dengan memperingati peristiwa kemenangan Peperangan Ahzab yang disebutkan bersama takbir, yang berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat Hijrah (riwayat al-Bukhari) atau tahun kelima Hijrah (riwayat Ibn Hisyam) pada zaman Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, bagi mengubati luka hati umat Islam pada akhir zaman ini, yang kalah dijajah kerana meninggalkan ajaran Islam.

Akibat pengkhianatan pemimpin-pemimpin yang menyeleweng daripada Islam dengan menubuhkan negara mengikut arahan penjajah (musuh Islam), sehingga umat berpecah belah menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah pada tahun 1924 (kini sudah genap seratus tahun). Akibatnya, Palestin ditakluk oleh kaum Yahudi yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah pada tahun 1948 dan terkini mereka sedang menceroboh Masjid al-Aqsa yang mulia.

Walaupun pada tahun 1948 ketika itu, ada beberapa kumpulan Islam bersama para ulama’ yang berjihad mempertahankannya, tetapi mereka dikhianati oleh negara-negara yang meninggalkan Islam dengan bersekongkol bersama musuh menyebabkan Bait al-Maqdis ditawan pada tahun 1967.

Kini, kumpulan Islam kembali semula bangkit berjihad menentang kaum Yahudi yang dilaknat Allah itu dan berjaya menawan daerah Gaza. Hal ini menyebabkan kaum Yahudi menubuhkan pasukan Ahzab yang baharu bagi menentang kumpulan Islam.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Di sinilah hikmahnya Allah menurunkan Surah al-Ahzab menceritakan peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Di mana kaum Yahudi pada zaman itu telah berjaya mengumpulkan bala tentera bersama kaum Musyrikin Arab yang sesat dengan memberi semangat bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah sesat, padahal mereka telah mengetahui berita kedatangan Baginda dalam kitab Taurat.

Allah mendedahkan kejahatan mereka dengan firman-Nya:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبٗا مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡجِبۡتِ وَٱلطَّـٰغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ هَـٰٓؤُلَآءِ أَهۡدَىٰ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ سَبِيلًا ٥١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُۖ وَمَن يَلۡعَنِ ٱللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ نَصِيرًا ٥٢
“Adakah kamu tidak memerhatikan berkenaan mereka yang diberikan sebahagian kitab Allah (Taurat dan Injil), namun percaya kepada pemimpin yang sesat dan melampau serta berani berkata kepada para pemimpin Musyrikin (Arab) bahawa kamu lebih betul daripada Muhammad dan orang yang beriman bersamanya. Mereka dilaknat oleh Allah dan sesiapa yang dilaknat Allah nescaya tiada penolong baginya.” (Surah al-Nisa’: 51-51)

Walaupun mereka berjaya mengumpulkan bala tentera yang besar jumlah bilangan dan banyak senjatanya, mereka telah dikalahkan dengan pertolongan Allah.

Namun peristiwa tersebut menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman, sebahagian yang dinyatakan oleh firman Allah Taala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah ni‘mat Allah kepada kamu, ketika datangnya bala tentera yang ramai menyerang kamu, lalu kami (Allah) mengutuskan pertolongan melalui bala tentera yang tidak dapat dilihat (dengan mata), dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan. Ketika musuh datang mengepung kamu dari atas dan dari bawah sehingga ada dalam kalangan kamu yang ketakutan sehingga terbeliak mata dan jantung hamper terkeluar kerongkong, lalu menyangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di sana orang-orang yang beriman diuji dan digoncang perasaan mereka dengan hebatnya. Dan ketika berkatalah orang-orang munafiq dan mereka yang lemah imannya, ‘Allah dan rasul menjanjikan kemenangan (Islam) untuk menggoda dan menipu kamu’.” (Surah al-Ahzab: 9-12)

Adapun orang-orang yang benar-benar beriman dinyatakan oleh Allah semangatnya yang berkobar-kobar:

وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣
“Dan manakala orang-orang yang beriman melihat kedatangan bala tentera Ahzab mereka berkata, ‘Inilah janji Allah dan rasul-Nya (yang menyatakan kita akan diuji) dan bertambah kuat lagi iman dan Islam mereka. Dalam kalangan orang-orang yang beriman itu ramai yang benar janjinya (bersedia mati syahid) dan ramai yang menunggu gilirannya serta mereka tidak mengubah janjinya (melakukan khianat).” (Surah al-Ahzab: 22-23)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Kitab al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan ialah petunjuk Allah yang kekal kepada orang-orang yang beriman. Hari ini kita sedang menyaksikan bala tentera Ahzab sedang berkumpul bersama membantu kaum Yahudi menyerang Gaza dan Palestin yang datang dari seluruh pelosok dunia dan daripada pelbagai agama bersama orang-orang munafiq.

Bala tentera Ahzab menyerang dengan ganas, bukan sahaja merampas harta saudara kita rakyat Palestin. Mereka juga membunuh dengan cara yang paling ganas sehingga tidak mempedulikan kanak-kanak, warga tua dan kaum wanita bahkan lebih ganas daripada binatang buas yang tidak ada akal dan undang-undang serta perikemanusiaan. Hal ini sekali gus menunjukkan mereka benar-benar kaum yang dilaknat Allah dan beroleh kemurkaan-Nya, sehingga mereka dikutuk oleh seluruh pelosok dunia yang berperikemanusiaan termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Maka, jihad bersama rakyat Palestin sudah menjadi fardu ain kepada setiap orang yang beriman dengan apa-apa kemampuan masing-masing sekurang-kurangnya berdoa dan mempunyai simpati dalam dirinya.

Maka, di sinilah hikmahnya kita mengulangi bersama pada setiap takbir:

‌وَهَزَمَ ‌الْأَحْزَابَ ‌وَحْدَهُ
“Dan Allah membinasakan Ahzab dengan sendiri-Nya (yang Maha Esa).”

Kita melihat bahawa umat Islam sedang diuji oleh Allah. Ada sebahagiannya yang bangkit membantu saudara mereka di Palestin dengan harta dan senjata, malah ada yang lemah imannya dan yang munafiq bersekongkol dengan musuh Islam.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
… وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨
“… Dan jika kamu berpaling daripada (berjihad dengan harta dan diri kamu) nescaya Allah menukarkan kamu dengan kaum yang lain (tidak bakhil dan penakut) seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ


KHUTBAH KEDUA

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

أَشۡهَدُ أَن لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُ. اللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. أَمَّا بَعۡدُ

فَيَا عِبَادَ اللّٰهِ، أُوصِيكُمۡ وَإِيَّاىَ بِتَقۡوَىٰ اللّٰهِ فَقَدۡ فَازَ الۡمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya ni‘mat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Dan hanya kematian dalam iman dan Islam sahaja yang diredai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٠٢
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kami dalam keadaan beragama Islam.” (Surah Ali ‘Imran: 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya ni‘mat persaudaraan yang dianjurkan dalam agama. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌يُؤْمِنُ ‌أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak beriman seseorang dalam kalangan kalian sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari, no. 13)

Sehubungan itu, hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan, kebuluran dan wabak penyakit. Juga terhadap umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, China, Myanmar dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberikan pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi itu.

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui pelbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada Baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah dalam al-Quran:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا ٥٦
“Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sungguh-sungguh.” (Surah al-Ahzab: 56)

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ. وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيمَ فِى الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللّٰهُمَّ اغۡفِرۡ لِلۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ وَالۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ الۡأَحۡيَآءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَاتِ. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَذُنُوبَ وَالِدِينَا وَارۡحَمۡهُمۡ كَمَا رَبَّوۡنَا صِغَارًا. رَبَّنَا اغۡفِرۡلَنَا وَلِإِخۡوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالۡإِيمَانِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

اللّٰهُمَّ أَعِزَّ الۡإِسۡلَامَ وَالۡمُسۡلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرۡكَ وَالۡمُشۡرِكِين، وَالنِّفَاقَ وَالۡمُنَافِقِينَ، وَالظُّلۡمَ وَالظَّالِمِينَ. اللّٰهُمَّ إِنَّا نَجۡعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعۡدَآئِنَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنۡ شُرُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ رُدَّ كَيۡدَهُمۡ عَلَى نُحُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ بَدِّدۡ شَمۡلَهُمۡ وَفَرِّقۡ جَمۡعَهُمۡ وَشَتِّتۡ كَلِمَتَهُمۡ وَزَلۡزِلۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَسَلِّطۡ عَلَيۡهِمۡ كَلۡبًا مِنۡ كِلَابِكَ

اللّٰهُمَّ انۡصُرۡ إِخۡوَانَنَا الۡمُجَاهِدِينَ وَالۡمُسۡتَضۡعَفِينَ فِى فَلَسۡطِينَ، وَفِى غَزَّةِ، وَفِى الۡعِرَاقِ، وَفِى سُورِيَا، وَفِى كَشۡمِير، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّٰهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمۡ، وَاجۡمَعۡ كَلِمَتَهُمۡ، وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَانۡصُرۡهُمۡ عَلَى أَعۡدَآئِهِمۡ

اللّٰهُمَّ آتِ أَنۡفُسَنَا تَقۡوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنۡتَ خَيۡرُ مَنۡ زَكَّاهَا، أَنۡتَ وَلِيُّهَا وَمَوۡلَاهَا. اللّٰهُمَّ أَرِنَا الۡحَقَّ حَقًّا وَارۡزُقۡنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الۡبَاطِلَ بَاطِلًا وَارۡزُقۡنَا اجۡتِنَابَهُ. اللّٰهُمَّ أَصۡلِحۡ سُلۡطَانَنَا، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُورِنَا، وَاجۡعَلۡ وِلَايَتَنَا فِى مَنۡ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الۡعَالَمِينَ

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ. وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

HARAKAHDAILY 9/4/2024

- Advertisement -