Jangan sehingga menafikan penggunaan istilah kafir 

Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

Ramai juga penyokong Pakatan Harapan (PH) yang komen dalam Facebook saya dengan meletakkan kulit depan hasil kajian peringkat doktor falsafah (PhD) saya berjudul, Hak Berpolitik Orang Bukan Islam Menurut Siyāsah Syar’iyyah di Malaysia, kononnya saya juga mengunakan terma ‘bukan Islam’ dan bukannya ‘kafir’ dalam kajian saya itu.

Inilah masalah dengan penyokong PH, malas membaca. PhD setebal 413 muka surat, yang dibacanya hanya pada kulit hadapan. Selepas itu buat kesimpulan ke laut dalam perginya. 

- Advertisement -

Mari saya jelaskan, dalam kajian PhD saya itu ada diterangkan mengenai mereka yang selain Islam adalah kafir. 

Orang kafir pula terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kategori ilmu:-

Ilmu Aqidah:

1. Kafir Mulhid (Atheis)

2. Kafir Murtad 

3. Kafir Musyrik

4. Kafir Ahlul Kitab 

5. Kafir Munafiq

6. Kafir Nikmat

Ilmu Politik dan Kenegaraan:

1. Kafir Harbi

2. Kafir Zimmi

3. Kafir Musta’man

4. Kafir Mu’ahad

Berbalik kepada apa yang Menteri berkenaan cakap, pandangan saya jelas, hendak  guna istilah bukan Islam, non-Muslim atau belum Islam boleh sahaja, tetapi jangan sehingga menafikan penggunaan istilah kafir yang digunakan dalam kitab suci al-Quran. 

Memanglah istilah (kafir)  itu kasar.. (tetapi)  itu menunjukkan keseriusan dan pentingnya konsep Islam dan kufur dalam Islam. Jangan kita mahu nampak ringan, kita ubah istilah tersebut. 

Saya setuju dengan pandangan SS Mufti Perlis, tak nak panggil orang kafir sebagai ‘kafir’ itu adalah soal interaksi, tetapi mengharamkan perkataan ‘kafir’ bererti mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah. 

Sepatutnya Menteri berkenaan fokus kepada perbincangan adab dengan bukan Islam. Itu yang perlu diterapkan agar menjaga suasana harmoni dalam masyarakat. 

Apapun Menteri tersebut dah mohon maaf, saya kira isu ini sudah tutup. 

Semoga jadi pengajaran kepada semua Menteri dan Kerajaan Madani agar berhati hati dalam menyentuh perkara yang sensitif terhadap umat Islam. 

Semoga tenang-tenang sahaja sepanjang malam 10 terakhir Ramadan. – HARAKAHDAILY 1/4/2024

– Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu)

- Advertisement -